” Kamu orang berempat ni tak reti tua ke. Adoi aku insecure tau tak, haha.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Bell Ngasri Bersama Adik Beradiknya Ketika Berbuka Puasa Tarik Perhatian Warganet. Wah Muka Masing-Masing Maintain Muda Ni. Yang Dah Bercucu Pun Ada, Tapi Tetap Nampak Tak Tua-Tua !!

Sejak berpuluh tahun dahulu lagi, adik beradik Ngasri yang terdiri daripada Naszeli Ngasri, Bell Ngasri, Darling Ngasri dan Datin Anne Ngasri sudah pun mewarnai dunia lakonan tanah air. Antara drama yang menaikkan nama adik beradik Ngasri adalah Cili Padi.

Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru yang memaparkan Bell bersama adik beradiknya ini berkumpul di rumah untuk berbuka puasa bersama-sama.

Melihat akan trio 4 beradik ini, ramai yang mengatakan kesemuanya tidak nampak tua. Bak kata warganet, ini baru betul tak mengalami proses penuaan. Anne kini berusia hampir 40 tahun, yang lain semuanya sudah berusia 40-an ke atas tetapi mereka semua tetap kelihatan awet muda.

Si abang, Naszeli sudah pun bergelar atok dan mempunyai seorang cucu, namun kelihatan seperti 30an sahaja wajahnya. Jika dilihat, adik beradik Ngasri ini semuanya pemurah dengan senyuman. Mungkin itu formula untuk nampak awet muda selalu, betul ke Bell.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Bell ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Lama tak nampak trio keluarga nie… Terubat rindu.. adik beradik ni semua tak dimakan usia.. “

” Keluarga jenis awet muda, sama macam dulu tak tua-tua ni.. Nampak kau yang paling jah4t dekat situ Bell haha.. “

” Korang berempat ni tak reti tua ke.. ad0ii aku insecure tau tak haha.. Si darling tu layankn je cite dongeng ko bang. Menjaga hati haha.. “

” 30 Tahun yang lalu Ku Lihat wajah The Gasri Family macam tu hari ini pun ku lihat wajah the Gasri Family pun still macam itu juga.. Keluarga Awet Muda.. “

” Semua muda, korang je adik beradik yang tak berubah, still awet muda. Sebab semua selalu senyum kan.. “

” Yang paling kiri tu dah bercucu tu… keluarga awet muda betul.. Bila tengok korang teringat iklan adabi, cerita cili padi.. “

” Adik beradik Bell ni tak mengalami proses penuaan ke eh. Inilah keluarga drama cili padi Tu .. Anne paling comel suka dia orang belakon…. dah Tua dah dia orang ni semua dah 40 an.. “

” Dari kecik sampai besar mmg kau saje berpengaruh ea bang.. Kau mesti paling kuat bul1 adik-adik.. “

Betul kata warganet, adik beradik Ngasri ini semuanya maintain muda semua. Dari zaman budak-budak sehingga sudah menjadi ayah dan mak orang, muka tak banyak berubah. Semuanya awet muda belaka, untung yer, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..