” Ulang-ulang aku tengok. Fizz pun melayan, sama-sama masuk air, haha.. ” – Netizen
Video Fikry Ibrahim Bertemu Dato’ Fizz Fairuz Di Event Jualan Raya Buat Peminat Terhibur. Alamak Dah Bertukar Nama Fikry Dan Dato’ Fizz. Dato’ Fizz Pun Melayan Je, Sporting Betul. Part ‘Panggil Saya Dato’ Tu’ Memang Lawak, Haha !!
Minggu lalu, Fikry Ibrahim ada berkongsikan satu video yang memaparkan Fikry bersama seorang peminat. Peminat ini dengan yakinnya menjawab nama Fikry adalah Fizz Fairuz dan video ini mendapat perhatian ramai.
Meninjau entry terbaru Fikry Ibrahim di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Fikry berjalan ke booth jualan Dato’ Fizz di sebuah event. Dengan mengatakan dia berjumpa dengan Fikry Ibrahim, perbualan antara Fikry dan Dato’ Fizz menggeletek hati warganet.
Kelakar betul jadinya apabila dua selebriti ini berjumpa, elok pula mereka membawa karakter masing-masing tu. Jenaka spontan dan simple sahaja tetapi berjaya membuatkan warganet terhibur dengan ayat dan telatah mereka itu.
Paling win Fikry mengatakan dia meniaga songkok dan bertanya kepada Dato’ Fizz mengapa Dato’ Fizz berada di booth jualannya. Memang tak kering gusi warganet sehinggakan ada yang mengatakan berulang kali menonton video Fikry dan Dato’ Fizz ini.
Jom tonton video di bawah :
Video sebelum ini :
Sehingga kini, perkongsian oleh Fikry ini telahpun merekodkan lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Panggil saya dato haha, bong0klah.. Ulang-ulang aku tengok. Fizz pun melayan, sama-sama masuk air haha.. “
” Mana makcik aritu , tunjuk dekat dia cepat haha. Tak tidur malam lah makcik tu bila tahu citer sebenar haha.. “
” Haha pen4t la macam ni, dua-dua jenis masuk air. Makin lama makin kelakar lah Fikry ni.. “
” Panggil saya Dato’ , wahhhh kemain demand kau ye bang HAHA. Menang1s makcik hari tu tengok hehe.. “
” Aku harap Kakak tu tengok la video tu Ari n video ni .. kau glamour kak masuk page artist. kak oh kak… Sila Komen.. “
” Korang dua ni kalau aku jumpa semestinya akan di Ruqyah agak kembali ke jasad masing-masing haha.. “
” Aku rse dorg berdua nie mkn kacang yg boleh terbalikkan r0h tue.. mcm citer org putih tue haha.. Masuk air betul lah dua-dua ni.. “
” Baguih pickup “Fikry Ibrahim” tu, bersambut elok semua service. “Dato’ Fiz Fairuz” pun menjadi2, tak sia2 akak undi masa Lawak Solo dulu. Wayar sunggoh la ampa dua.. “
Fikry ini kalau tidak melawak memang tak sah. Bergabung pula dengan Dato’ Fizz, memang gempak jadinya. Ayat suruh panggil saya dato’ tu tak menahan betul, demand tinggi eh Fikry, hehe. Apa-apa pun, semoga peminat tempoh hari menontonlah video ni ye.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fikry Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..