” Semakin hari, semakin rindu.. ” – Jebat Jayden

Video Gelagat Anak Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden Sedang Menyanyi. Amboi Jiwang Betul Lirik Jebat Ni, Macam Lagu Ciptaan Sendiri Je. Sedap Lah Pulak Dengar !!

Setiap kali bertemu Jebat Jayden, pasti ada sahaja video yang dikongsikan oleh Sharnaaz Ahmad di media sosialnya. Sharnaaz dan Jebat sememangnya sangat akrab dan selalu membuat pelbagai aktiviti apabila bersama.

Meninjau akaun Instagram Srikandi.79, telah diulangsiar video dari Instastory Sharnaaz yang memaparkan Jebat menunjukkan bakatnya menyanyi. Kedengaran suara Sharnaaz pada awal video menyuruh Jebat menyanyi.

Dengan memegang mikrofon berwarna biru, Jebat memulakan nyanyiannya. Bait lagu Jebat berbunyi ‘ Bunyi gitar irama syahdu, si kamu yang cantik sungguh ayu, membikin hati tidak menentu, semakin hari semakin rindu, semakin hari semakin rindu ‘.

Bukan main lagi Jebat menyanyi, ini tentu lirik yang Baba ajar kepada Jebat. Tak pernah lagi mendengar lirik lagu seperti ini. Apabila Jebat menyanyi, kedengaran best pula lagunya. Kena sangat dengan suara Jebat yang cute itu.

Jom tonton video di bawah :

Alahai Jebat, ada bakat menyanyilah Jebat ni. Ini tentu mengikut baba yang suka menyanyi lagu jiwang karat, hehe. Lirik untuk siapalah si dia yang cantik sungguh ayu tu agaknya. Siap rindu-rindu lagi ye Jebat.

Apa-apa pun, menghiburkan Baba sangatlah Jebat ini. Warganet yang mendengar nyanyian Jebat juga pasti turut sama terhibur. Selepas ini bolehlah Baba suruh Jebat nyanyi lagu yang lebih panjang, tak puas dengar suara Jebat tu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi.79

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..