” Siap tekan fokus tak tahan tu, bijak betul.. ” – Zulin Aziz
Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Merakam Video Persembahan Shiha Zikir Menggunakan Kamera Handphonenya Buat Ramai Terhibur. Wah Pandainya Aafiyah Rakam Video, Siap Takan Auto Fokus Lagi Tu !!
Menerusi akaun Instagram Shiha Zikir, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak sulung kepada penyanyi tersohor negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid Jiwa iaitu Siti Aafiyah.
Menghadiri Majlis Iftar bersama Media & Rakan Strategik PRIHATIN & KOPENA, Shiha melancarkan single raya terbarunya berjudul Jom Balik Raya yang mana menggandingkan paduan suara Shiha dan kakaknya, Ieda Zikir.
Apa yang menarik perhatian adalah gaya Aafiyah merakamkan persembahan Shiha dan Ieda. Khusyuk dan fokus betul Aafiyah merakam menggunakan handphonenya. Kata Shiha, comel sangat Aafiyah dan ini membuatkan Shiha ger4m pada si kecil ini.
Pandai sungguh Aafiyah takan auto focus untuk bagi nampak jelas Shiha dan Ieda di atas pentas. Aafiyah juga kelihatan seronok dan enjoy dengan nyanyian Shiha itu. Mesti Aafiyah sudah biasa rekod persembahan ibu kan, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shiha ini telahpun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sehingga sekarang. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Siap tekan fokus tak tahan tu, bijak betul.. ” – Zulin Aziz
” Comel kan. Lepas tu ada budak sebaya dia agaknya nak bergambar dgn dia, angguk then terus pose. Wahhhhhh bakat macam Ibu dia sangat kan.. “
” Bijak Aafiyah ni kan, Dato ct sekarang nombor 2. shiha zikir boleh folo rapat jadi nombor 3 hehe.. “
” Tertarik melihat keletah Aafiyah, minta izin daripada Ibunya, Tokti untuk guna hp and record tatkala Shiha Zikir & Ieda Zikir menyanyi di pentas.. “
Tentu Shiha juga teruja untuk melihat video yang dirakam oleh Aafiyah itu. Ke mana-mana sahaja majlis yang Aafiyah pergi, tentu Aafiyah sering menjadi tumpuan. Anak Dato’ Siti yang sopan dan bijak bergaul dengan semua orang di sekelilingnya.
Semoga Aafiyah terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah, insan yang tinggi budi pekertinya sama seperti ibu, menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara serta membanggakan seluruh keluarga apabila dewasa kelak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiha Zikir, IG Ctdk, IG Pocket TV Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..