” Boleh pula tersangkut kat atas bumbung.. ” – Haydervangers

Video Suami Eyra Hazali, Haziq Nadzli Gigih Memanjat Bumbung Rumah Untuk Mengambil Helikopter Mainan Buat Eyra Gelak Tak Berhenti. Part Last Anak Eyra, Endra Pula Tak Nak Turun Dari Bumbung Kereta. Comel Sungguh Endra, Hehe !!

Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian sebuah video yang memaparkan gelagat suami Eyra Hazali iaitu Haziq Nadzli memanjat ke atas bumbung rumah semata-mata ingin mengambil helikopter mainan.

Helikopter mainan tersebut telah tersangkut di atas bumbung rumah ketika sedang bermain. Oleh kerana harganya yang mahal, Haziq sanggup memanjat ke atas bumbung rumah untuk mengambil helikopter itu.

Eyra yang berada di beranda rumah pula asyik tertawa melihat gelagat suaminya itu. Tambahan pula pada waktu itu adalah waktu malam. Hanya nampak susuk tubuh Haziq dalam gelap sahaja. Sekali imbas, macam ser4m pula.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Part akhir video tersebut pula sangat comel kerana anak kedua Eyra pula duduk di atas bumbung kereta dan tidak mahu turun.

Jom tonton video di bawah :

Tidak pasti helikopter mainan tersebut kepunyaan suami atau pun anak Eyra. Tetapi permainan yang menggunakan alat kawalan jauh ini sebenarnya turut menjadi kegemaran orang-orang dewasa juga.

Pengajaran buat sesiapa yang ingin bermain permainan sebegini perlulah dimainkan di kawasan lapang sebagai contoh kawasan padang. Ini kerana ia lebih selamat dan lebih mudah untuk dikendalikan permainan tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Haziqxendra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..