” Belum apa-apa dan gelak tengok, lucu haha.. ” – Netizen

Sedutan Video Babak Roy Azman Bersama Dato’ Jalaludin Hassan, Dato’ Ramli MS Dan Jatt Ali Dalam Rancangan Projek Bapak-Bapak Mencuit Hati Warganet. Part Dato’ Jalal Membebel Sebab Beg Berat Tu Lawak. Ketawa Besar Roy Eh !!

Rancangan Travel Lawak Projek Bapak-Bapak bakal bersiaran mulai Khamis ini jam 9 malam di saluran Astro Warna. Menampilkan Roy Azman, Dato’ Jalaludin Hassan, Dato’ Ramli MS dan Jatt Ali, percutian ke negara matahari terbit mencipta banyak kenangan manis buat mereka.

Meninjau entry di akaun Instagram Zon Lawak, telah dikongsikan beberapa buah sedutan video yang memaparkan gelagat mereka berempat ketika sampai di Jepun. Roy yang kaki ketawa ini memeriahkan lagi suasana.

Dapat dilihat, Dato’ Jalaludin mengomel kerana beg bajunya berat dan perlu berjalan jauh walhal hotel yang dekat ada. Apa lagi, ketawa terus Roy melayani geng-geng veteran ini. Kata Roy, Dato’ Jalal ini tersal4h trip percutian, bawa beg bunga-bunga ala-ala hendak ke Hawai pula.

Melihat kepayahan Dato’ Jalal membawa beg troleynya itu, Roy dan Jatt mengajar Dato’ Jalal supaya menarik beg dengan keadaan beg menegak dan bukannya dicondongkan ke hadapan. Ad0i sekali lagi gelak besar Roy, tak kena gaya menarik beg tu Dato’ Jalal.

Jom tonton video di bawah : 

Antara video menarik lain yang bakal dapat disaksikan nanti :

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian daripada warganet dan rata-ratanya terhibur melihat gelagat geng bapak-bapak ini. Antara komen-komen yang diberikan :

” Tak boleh miss ni dato, mesti tengok tak sabar dah ni hahha. Ada tok ram lagi, memang kecoh lah.. “

” Wah tak sabar nak tengok ni, terbaiklah. Tokram steady jer tu haha. Kes1an abang Jalal, kaki dah sak1t ni Roy bul1 suruh jalan jauh-jauh haha.. “

” Walaupun mar4h tetap nampak comel dan kelakar haha. Macam ayah saya je peelnya tu.. “

” Beg bunga-bunga haha, tak sabar nak tengok. Abang dah macam anak jaga bapak-bapak pergi jalan-jalan haha.. “

” Ni yang aku duk tunggu-tunggu nak tengok, mesti best geng tua pergi travel haha. Tokram dengan Dato’ Jalal pulak ngam.. “

” Suka betul tengok dato jalal, dato sal4h trip kaa hahaha. Tokram macam pergi business trip.. Project juta-juta muka steady je.. “

” Buat hal ler, awal lagi dah kelakar. Tok ram kemain siap pakai tie… macam james bond haha. Buat hal betul toktam dengan tok jalal, bertabahlah Roy.. “

” Ni bukan bapak bapak ni atok atok dh ni, comellll je belake hahaha. Belum apa-apa dah gelak tengok.. mesti lucu.. “

Macam-macam hal betullah, ini membuatkan warganet tidak sabar untuk menonton siri percutian mereka berempat ini. Pastinya warganet tidak kering gusi sepanjang menonton rancangan ini nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zon Lawak, IG Roy Azman, IG Jalaludin Hassan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..