” Aku ingat Ryan dah pot0ng rambut tadi, salah orang lah.. ” – Netizen

Video Seorang Jejaka Yang Mirip Wajahnya Seperti Personaliti Media Sosial, Ryan Fahmi Bakery Raih Perhatian Ramai. Eh Memang Sebijik Lah, Part Mata Tu Sama Sangat. Tapi Ini Versi Rambut Kerinting Pendek, Dah Macam Kembar Terp1sah. Hehe !!

Siapa tidak mengenali pemilik nama Ryan Bakery ini. Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery ialah seorang personaliti media sosial yang terkenal dengan perkongsian video pendek parodi yang mengimbau kenangan manis ketika zaman kanak-kanak era 90an.

Meninjau di akaun Instagram radio Era, telah memuatnaik satu video yang memaparkan seorang jejaka dari negara Indonesia. Difahamkan jejaka ini dikenali dengan nama Mirza. Rupa-rupanya Mirza sangat terkenal di TikT0k.

Namun apa yang menarik perhatian warganet adalah wajah Mirza mirip seperti Ryan Bakery, namun bezanya adalah Mirza berambut pendek dan kerinting. Ada yang ingat dalam video itu adalah Ryan kerana wajah mereka yang begitu seiras.

Ada juga yang bersoloroh yang Ryan sudah menukar imej rambutnya. Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 16 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video itu dan memberikan pelbagai respon. Antara komen-komen menarik adalah :

 ” Aku ingat Ryan dah potong rambut tadi, salah orang lah.. Nampak memang ada iras betul mamat ni dengan Ryan.. “

” Macam Ryan Bakery lah, hahaha kembar terp1sah ke ni, hahahahaa. Serius memang sebiji.. “

” Dia ni menyanyi sedap. Tak silap aku dia ni dari Indonesia.. Tapi awal2 tengok igt Ryan betul, orang lain rupanya.. “

” Sama lah, hahaha beza rambut dan suara sahaja.. Ni Kahar daripada shopee ke atau Ryan bakery dari lazada ni ?? Pening l.. “

” Kahkahkah muka sama masalahnya, buat semua orang tengok pun jadi konfius hahahaha, pandai min cari video ni ye.. “

” Ryan Bakery version Indonesia lah.. Kalau bergambar mahu orang ingat kembar siam ni hahahahaha.. “

” Hahaha dua dua sekali eh dia tapau, Kahar pon dia Ryan pon dia.. Tapi muka tu memang Ryan betul.. “

Rupanya Mirza juga mempunyai bakat dalam bidang nyanyian. Jika melihat di akaun Instagram nya, Mirza banyak berkongsi video nyanyian buat tatapan ramai. Apa-apa pun memang mirip wajah Mirza dengan Ryan. Kalau ada cakap mereka kembar pun mesti ramai yang percaya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, ryanfahmibakery, mirzasahsan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..