” Alhamdulillah, Manja excited nak ke sekolah.. ” – Elly Mazlein

Elly Mazlein Kongsi Video Anaknya, Putri Sara Sefhia Mula Bersekolah. Alahai Manja Betul Sefhia Dengan Papa, Semuanya Papa Siapkan. Untung Sangat Sefhia Dapat Papa Macam Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, sebuah video yang memaparkan Putri Sara Sefhia pergi ke sekolah telah dikongsikan. Setelah sebulan bercuti, kini bermulalah sesi baru persekolahan untuk tahun 2023/2024.

Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Sefhia bersiap dari rumah sehinggalah menuju ke sekolah. Sefhia dilihat sangat manja dengan papanya kerana ke mana sahaja Sefhia ditemani oleh papa.

Malah ketika bersarapan juga, Sefhia bersarapan bersama papanya. Sefhia ke sekolah dihantar oleh papa sehingga ke pintu kelas. Alahai, sangat akrab dua ber4nak ini dan beruntung Sefhia mempunyai papa yang mengambil berat.

Perkongsian ini telah menerima lebih seribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik. Sefhia juga sudah semakin besar dan nampak semakin tinggi. Nampak kemas Sefhia ke sekolah dengan rambut diikat tocang.

Jom tonton video di bawah :

Sekadar info, Sefhia merupakan anak Elly menerusi perkahwinan pertamanya dahulu. Menerusi perkahwinan kedua Elly bersama Cikgu Azlan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Haider Mateen.

Walaupun hubungan Sefhia bersama papanya merupakan antara anak dan bapa tir, Namun cikgu Azlan melayan Sefhia seperti anak kandungnya sendiri. Semoga Sefhia membesar menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Â