” Kalau macam ni punya comel pengawas, hari-hari i datang lambat.. ” – Netizen

Muatnaik Video Telatah Comel Memakai Baju Sekolah, Perkongsian Zizi Kirana Raih Perhatian Peminatnya. Alahai Cute Sangat Zizi, Terus Nampak Macam Budak Sekolah Lah !!

Tahun lalu, penyanyi rap yang bersuara lunak, Zizi Kirana telah berkongsi berita gembira yang dirinya sudah pun berhijab. Malah bukan itu sahaja, Zizi juga telah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Zizi telah memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya memakai baju sekolah. Di ruangan kapsyen Zizi berseloroh mengatakan dirinya merupakan seorang pengawas sekolah.

Memakai baju sekolah berwarna biru, kain dan tudung berwarna hitam serta menggalas beg sekolah berwarna hitam menampakkan Zizi betul-betul seperti seorang pelajar sekolah. Ade peminat berseloroh di ruangan komen mengatakan akan datang lambat hari-hari jika kerana pengawas yang comel macam Zizi, hehe.

Video yang dikongsikan oleh Zizi tersebut telah menarik perhatian para peminatnya. Sehingga kini, perkongsian Zizi dengan hashtag backtoschool ini telah menerima lebih 13 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen pelbagai respon telah diberikan warganet dan rata-rata mereka memuji kecomelan Zizi memakai baju sekolah. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kalau macam ni punya comel pengawas, hari-hari i datang lambat tau, hehe. Zizi always nampak muda lah.. “

” Ad0i comel betul lah Zizi, ni budak sekolah tingkatan berapa, hehe. Lagunya tu buat rindu masa zaman sekolah lah.. “

”  Pergi sekolah beg pon mahal bukan biase2 sis Zizi niey, haha mesti private school. Comey pengawas ni.. “

” Saya sanggup kena tulis nama dengan akak Pengawas ni, sebab comel sangat, haha kena m4rah dengan cikgu pun tak apa.. “

” MasyaAllah suka nyaaa tgok Zizi sekarang. Semoga terus istiqamah smpai akhir hayat dear, pandai suami didik.. “

”  Alah kenapa cute sangat ni. Kakk balik sekolah malam2 ni, aipp, hahhaa. Terus nampak muda lah.. “

” Dah macam budak sekolah betul lah, ish awet muda betul Zizi. Sejak2 bertudung makin lawa lah Zizi.. “

Eh eh comel betul Zizi, memang Zizi ni nampak awet muda dan wajahnya nampak semakin berseri-seri selepas mendirikan rumahtangga. Apa-apa pun semoga Zizi terus berjaya apa juga bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zizi_kirana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..