” Anuar Zain ke Aquaman ni. Pergh orang pulau, boleh diving, mancing, bawak bot.. ” – Netizen
Sharifah Shahirah Kongsi Video Menantunya, Cham Sedang Bawa Bot Dan Melakukan Aktiviti Di Laut Raih Perhatian Ramai. Wah Hebat ‘Kembar’ Anuar Zain Ni, Kerja Pun Adventure. Siap Anuar Zain Pun Komen Tu !!
Sudah seminggu sejak berlangsungnya majlis pernikahan anak sulung Sharifah Shahirah, Tallisya dan pasangannya, Cham. Alhamdulillah baik majlis akad nikah mahupun resepsi kedua-duanya berjalan dengan lancar.
Dek kerana wajah Cham yang nampak seiras seperti penyanyi Anuar Zain, ramai yang tag dan memberikan komen mengenainya. Shiera pula sempoi menjawab ini ‘Anuar Zain’ yang kerjanya membawa bot di Pulau Tioman.
Meninjau entry terbaru Shiera di Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan kehidupan sebenar Cham di pulau. Snorkeling dan memancing itu memang ‘ makanan ‘ orang pulau seperti Cham.
Seronok juga warganet melihat video ini, happy sahaja kehidupan di pulau tanpa perlu menghadap kesesakan lalu lintas dan kesibukan seperti di kota raya. Wah sekali memancing bukan seekor ikan, penuh bot yang berjaya dit4ngkap.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shiera ini telahpun meraih lebih 18 ribu likes daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen mereka :
” Laaahh ak ingat ak sorang je yg nmpk menantu dia mcm anuar zain. Bagus mak mentua, promote and supportive. Bestnyaaaa nanti nk join pegi pulau.. “
” Orang laut. hebatlah.. dah biasa hidup mencabar.. lps ni kalau nak ajak g holiday kene g laut jugak… kalau ajak g tmpt syopping mau dem4m.. “
” Anuar Zain ke Aquaman ni. seronok DPT org pulau .. best dok pulau.. hidup tenang Dr sgala dunia t1pu-t1pu.. “
” Pergh org pulau.. boleh skin diving, mancing, bawak bot. Huntong kak rara.. buleh makan ikan fresshhh sedia la laguni.. “
” Hahaah mana nak cari mak mertua comel mcm ni. Happy life mcm ni kan.. tak payah nk kalut2 sangat dengan jalan jem.. “
” Happy je ek mak mertua boleh up video menantu. Sempoi mak mertua.. Minta nyanyi sikit…. Lelaki ini yg selalu mencintamu.. “
” Sejibik anuar zain. tung r menantu iras artis tiberrr. Tahniah kak shira. Mesti kak shira mak mentua yg paling sempoi di abad ini. Beruntung menantu. Huhu.. “
Anuar Zain juga men1nggalkan komen pada posting oleh Shiera ini. Wah ‘kembar’ menantu pun sporting, iyela asyik kena tag dengan netizen sahaja sejak majlis Tallisya berlangsung. Ada iras sikit-sikit dengan Anuar menantu Shiera ini.
Senanglah Shiera sekeluarga ada aquaman dalam family. Boleh bercuti selalu ke Pulau Tioman lah selepas ini. Apa-apa pun, semoga Shiera sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu bersama selama-lamanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shiera Ijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..