” Alah, comelnya Ayash senyum.. ” – Netizen

Video Anak Bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan Bersama Neneknya Di Kedai Makan Raih Perhatian Ramai. Part Ayash Senyum Lepas Nenek Suap Minuman Tu, Alahai Boleh Buat Ramai Yang Cair. Manis Sungguh Lah !!

Anak bongsu Shuib Sepahtu bersama arw4h Siti Sarah iaitu Ayash Affan ini sering menjadi perhatian di media sosial. Perkongsian video mengenai Ayash sering dinantikan oleh peminat Ayash kerana wajahnya yang comel.

Meninjau ke satu akaun Instagram, perkongsian video Ayash bersama neneknya telah meraih perhatian ramai. Ayash bersama neneknya berada di sebuah restoran dan Ayash sedang disuapkan minuman oleh neneknya.

Ayash sememangnya sering keluar makan bersama neneknya terutamanya untuk bersarapan pagi. Ayash dilihat sangat baik kerana boleh duduk dengan diam di meja makan. Malah nenek Ayash juga sangat rajin melayan kerenah Ayash.

Perkongsian video ini telah menerima lebih daripada 600 tanda suka sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Selain itu, terdapat juga sebuah video lain yang memaparkan Ayash bersama neneknya di sebuah restoran untuk bersarapan pagi.

Jom tonton video di bawah :

Antara video lain yang dikongsikan :

Di ruangan komen, ramai yang ger4m melihat gelagat Ayash. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” So cute, comel.. Comel Ayas… semoga membesar dgn sihat n menjadi anak soleh.. Alah comel nya ayash senyum .. “

” Comel Ayas… semoga membesar dgn sihat n menjadi anak soleh.. Comel sangat budak ayash ni.. ger4mm.. “

” Comel ayas semoga membesar dg sihat menjadi anak soleh aamin .. pandai dia minum kopi susu.. comel.. “

” Comel mcm arw4h ibunye..  Ayash anak yg baik.. Jadi anak yg solleh ya sayang.. Baik sangat ayash dgn nenek.. “

Seronok membawa anak kecil yang boleh duduk diam ketika di meja makan. Ayash pun nampaknya sangat enjoy melihat keadaan di sekelilingnya dengan ramai orang yang lalu lalang. Apabila tersenyum memang ca1r dibuatnya.

Semoga Ayash Affan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh, InsyaAllah. Pastinya Ayash sentiasa menjadi peneman nenek Ayash ke mana sahaja kan. Memang cucu kesayangan nenek lah Ayash ni.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rahsiacantiksitisarah, Amy Salmi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..