” Kerana pasangan ini, aku percaya cinta itu banyak bahagianya.. ” – Netizen

Video Datin Lisa Surihani Dan Dato’ Yusry Ketika Berada Di Masjid Nabawi Raih Perhatian Warganet. Bersederhana Sangat Pasangan Ini. Ayat Datin Lisa Juga Cukup Mendalam Maksudnya. Moga Bahagia Selalu !!

Tiada sebarang desas-desus, Datin Lisa Surihani dan suaminya, Dato’ Yusry Abdul Halim kini berada di tanah suci Mekah mengerjakan ibadat Umrah. Banyak perkongsian yang dimuatnaik oleh Datin Lisa di akaun media sosialnya.

Meninjau akaun Instagram Jentik Hati, telah diulangsiar video dari akaun Tik Tok Datin Lisa yang memaparkan Datin Lisa bersama Dato’ Yusry di perkarangan Masjidil Nabawi. Kedua-duanya berdiri sedang mengadap ke arah kubah hijau di mana di bawahnya terletak makam Nabi Muhammad SAW.

Kelihatan Datin Lisa mengesat air mata begitu juga dengan Dato’ Yusry. Hati siapa yang tidak diusik p1lu apabila berada di kota Madinah. Dapat menziarahi makam Rasul junjungan seluruh umat Islam, video ini menarik perhatian warganet.

Pada video itu itu tertera coretan Datin Lisa mengenai jodoh dan rumahtangga. Bertemu jodoh dengan orang yang baik, menikah dengan niat yang baik dan diberikan pasangan yang penyayang serta menunaikan tanggungjawab, itu antara coretan Datin Lisa.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, video perkongsian ini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Madinah sememangnya akan terjent1k hati menitis air mata apabila menziarah Makam Rasullullah saw walaupun hati kau kering Roy.. “

” Bersederhana sahaja pasangan ni.. sejuk mata memandang. Kerana pasangan ini aku percayanya cinta itu banyak bahagianya.. “

” Saya turut sebak sebab saya jg rindu .. semoga Allah jemput saya lagi . Memang rasa seb4k ketika buat ziarah wada nak men1nggalkan Madinah.. “

” Suka tengok pasangan ni, sejuk hati. Doakan saya juga dapat kehidupan bahagia macam ni. pasangan yang membimbing ke arah kebaikan.. “

” Sukanya tengok Lisa sekarang rasa tenang sangat. Semoga Allah merahmati keluarga dan rumahtangga Lisa dan Yusry.. “

” Semoga Lisa dan Yusry berkekalan hingga ke jannah. Love your current style kakak, inspirasi.. “

” Ya Allah kau berikan keberkahan kepada pasangan ini kekal bahagia bersama hungga ke Jannah.. “

Sejuk mata memandang pasangan ini dan warganet turut mendoakan kebahagiaan Datin Lisa dan Dato’ Yusry berkekalan hingga ke syurga. Semoga segala ibadah umrah Datin Lisa berjalan dengan lancar dan mendapat Umrah yang mabrur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Jentik Hati, IG Sinar fm, IG Lisa Surihani, Tik T0k Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..