” Goli hati den tengok budak berduo ni bertongkar haha, next Sembilu.. ” – Netizen

Video Lakonan Erra Fazira Bersama Dato’ Awie Bercakap Loghat Negeri Sembilan Menghiburkan Warganet. Alahai Menjadi Betul Gandingan 2 Sahabat Ni. Part Sayang Tu Comel Je !!

Suatu masa dahulu, nama primadona Erra Fazira dan Dato’ Awie pernah menjadi sebutan kerana lakonan mereka dalam filem box office berjudul Semb1lu. Itu kisah lama di mana menaikkan nama kedua-dua pelakon hebat ini.

Meninjau akaun Instagram Erra Fazira, telah diulangsiar video daripada kelab peminatnya yang memaparkan lakonan Erra bersama Dato’ Awie. Bercakap dalam loghat negeri Sembilan, telatah mereka berdua di dalam kereta mencuit hati warganet.

Amb0i bukan main pekat lagi ye loghat masing-masing, dah seperti anak jati Negeri Sembilan pula. Dalam babak ini, Erra cemb0ru kerana Dato’ Awie melayan mesra perempuan lain. Sudah namanya primadona, bagilah apa sahaja watak pasti dibawa dengan baik.

Semakin lama, semakin kelakar Erra dan Dato’ Awie ini. Memetik kata peminat, jika dahulu Semb1lu wataknya serius dan sarat dengan emosi, namun kali ini lebih kepada jenaka dan santai sahaja. Mimik muka mereka lagi buat warganet tak kering gusi.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Erra ini telahpun meraih lebih 34 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Bila pulak nismilan pakai udah haha, lain pulak bunyi eh. Nismilan colup tu biaso lah haha.. “

” Comel je. Kalau dialog semb1lu dulu, ” kau nak bawa aku ke mana awie ” haha. Dulu watak serius dramatik, sekarang banyak kelakar watak dorang. Lagi best dari dulu.. “

” Aduhai kelakarnya haha. Sodap awie dan erra cakap loghat nismilan.. tapi lagi sodap kalau tak cakap.. “

” Lucunya.. Jangan la ada yang buat gini lepas tengok citer ni haha. ngugut lagi , sayang tak ? sayanggg haha.. “

” Boleh buat filem Semb1lu versi kelakar pulak ni haha. Kelakar ad0i bila orang perak cakap nismilan haha.. “

” Goli hati den tengok budak berduo ni bertongkar haha, next Semb1lu jumpa balik.. Ponat eden golak.. “

” Adoii tobahak-bahak plak Esey nengok eh. Duo duo ogang nogori ko apo nih. Lawak terhibur weh.. “

Ad0i memang lawak gandingan serasi Erra dan Dato’ Awie ni, orang negeri sembilan pun boleh tergelak dengar. Moga pada masa akan datang bakal ada banyak lagi drama atau filem lakonan bersama Erra dan Dato’ Awie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Erra Fazira

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..