” Harap-harap adik tu tekan lah button record, haha.. ” – Netizen

Video Hazama Melayan Peminat Cilik Yang Sedang Merekod Video Dirinya Sedang Menyanyi Buat Ramai Terhibur. Amboi Adik Ni, Sampai Ke Depan Dia Datang Rakam Video. Mesti Tak Sangka Dan Terkej0t, Macam-Macam Gaya Hazama Buat. Hehe !!

Siapa tidak mengenali penyanyi yang mempunyai suara merdu, Hazama Azmi. Boleh dikatakan kesemua lagu Hazama sering menjadi siulan ramai. Kini, Hazama bukan sahaja bergelar seorang penyanyi, malah Hazama bergelar penulis lagu dan juga pelakon.

Meninjau di akaun Instagram, Hazama ada memuatnaik satu video yang memaparkan ketika Hazama sedang menyanyi di sebuah karnival. Namun apa yang mencu1t hati adalah telatah Hazama melayan seorang peminat ciliknya.

Pada awalnya, kanak-kanak tersebut seperti cuba mengambil gambar dan merekod video Hazama sedang menyanyi. Namun setelah Hazama datang menghampirinya, kanak-kanak itu seperti terpegun melihat Hazama berada di hadapannya.

Bahkan Hazama telah membuat pelbagai posing agar kanak-kanak tersebut dapat mengambil gambarnya. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet dan sehingga kini telah menerima lebih 12 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Hazama dalam video itu. Antara komen-komen menarik adalah :

” Harap-harap adik tu tekan lah button record, haha. Comel lah tengok, mungkin dia tak sangka Hazama melayan dia, hehe.. “

” Dia tgh rakam kenangan walaupun kenangan tak dapat digambarkan, hahahaa. Harap2 ada lah video dalam telefon.. “

” Ni mesti mak atau kakak dia yang suruh g depan2 record atau ambil gambar, sekali Hazama datang terus lupa nk tekan button start record, hahaha.. “

” Humble lah Hazama, kalau kita mahunya pengs4n tengok Hazama depan2, maklumlah idola katakan.. “

” Untung kau adik, siap ada depan2 muka lagi tu. Hahahaa mgkin adik ni terkarisma tengok Hazama ada depan dia.. “

” Sekali terlupa tekan button record, nay4 adik hahaha. Penat ja Hazama tu dah macam2 gaya dibuatnya.. “

” Adik terpegun tengok Hazama. Hahaha ni kau m4rah budak tu tak record kau ye bang, hahaha lawak2.. “

Kapsyen Hazama juga mencuit hati, tapi memang terbaik lah sikap Hazama melayan peminat ciliknya itu. Bukan senang sambil menyanyi nak buat macam-macam gaya untuk menghiburkan peminat. Apa-apa pun semoga Hazama terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG hazamamuzik

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..