” Baiknya Tasha, suka dengan sifatnya yang suka tolong kawan-kawan.. ” – Netizen
Video Perbualan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Bersama Anak-Anak Perempuannya, Bella Dan Tasha Mengenai Wang Saku Sekolah Mereka. Wah Bella Hanya Bawa RM 1 Je, Tasya Paling Banyak !!
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sering berkongsi video mahupun gambar mengenai perkembangan kesemua anak-anaknya. Bukan itu sahaja, Dr Sheikh Muszaphar juga tidak l0kek berkongsi pelbagai tips penjagaan anak-anak kepada umum.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar telah memuatnaik satu video yang memaparkan Dr Sheikh Muszaphar sedang berborak bersama dua anak perempuannya iaitu Bella dan Tasha mengenai wang saku mereka untuk ke sekolah.
Tulis Dr Sheikh Muszaphar, selalunya anak-anaknya hanya meminta RM1. Namun sejak seminggu ini, anak keduanya iaitu Tasha sudah meminta RM5. Rakaman video tersebut dibuat oleh Dr Sheikh Muszaphar adalah ingin mendengar jawapan Tasha mengenai peningkatan wang saku yang diminta oleh Tasha.
Pada awalnya, Dr Sheikh telah memberikan duit kepada Bella. Seterusnya kepada Tasha dan Dr Sheikh Muszaphar bertanya apa yang dilakukan oleh Tasha dengan jumlah wang itu. Rupanya Tasha memberita tahu, RM5 itu dikongsikan kepada rakan-rakannya yang lain.
Jom tonton video di bawah ini :
Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya telah memberikan pelbagai respon dan menyukai sifat Tasha yang suka membantu rakan-rakan yang lain. Antara komen-komen warganet adalah :
” Baiknya Tasha, suka dengan sifatnya yang suka tolong kawan-kawan. Mesti kawan2 sayang sangat dengan Tasha.. “
” Kakak selalu jaga hati parents taknak rasa parents terbeban, sampai adik dia minta emas permata (same as my siblings haha).. “
” Anak no 2 memang cair jawapan. My daughter siap cakap nak beli untuk adik2 Dan kakak. Everyday without fail she will buy something for the siblings.. “
” Rasanya anak sulung memang tak bebelanja sgt, anak sulung sis pon mcm tu dia selagi boleh jimat dia jimat Kadang tak nk pon duit bila tya, kadang dia kata dia bawa duit sdiri.. “
” Oh bagusnya. Alhamdulillah good girl Tasha. Comel je tengok reaksi Dr selepas dengar jawapan Tasha tu, hehe.. “
” Anak yang baik adalah hasil didikan yang baik daripada ibu bapa yang baik. Bagus sikap Tasha, patut Dr puji, hehe.. “
” Anak no 2 memang akal macam ni. Huuuu special sikit daripada adik beradik yang lain, hehe. Cute dua beradik ni dah besar dah pun.. “
Alahai baik Tasha, rupanya suka membantu rakan-rakan ye. Terbaik cara didikan Dr Sheikh Muszaphar terhadap anak-anaknya. Apa-apa pun semoga anak-anak Dr Sheikh Muszaphar akan terus berjaya dalam pelajaran dan menjadi anak-anak yang soleh serta solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG drsheikhmuszaphar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..