” Makin besar makin cantik lah Lara.. ” – Netizen

Kongsi Video Cuba Membuat Product Review, Penampilan Terbaru Lara Alana Yang Kian Membesar Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Dan Manis Sangat Lara Sekarang !!

Nama Lara Alana sememangnya cukup dikenali ramai seperti ibu dan bapanya. Anak kepada pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya ini sangat popular sejak dari kecil lagi sehingga pernah memenangi anugerah Personaliti Media Sosial Popular.

Meninjau ke akaun Instagram, perkongsian video terbaru Lara telah meraih perhatian ramai. Lara cuba membuat video review produk seperti selalu yang dilakukan pada masa kini. Barang yang di review oleh Lara ialah cenderahati daripada ibu dan bapanya.

Lara kini sudah berusia 8 tahun dan penampilan Lara turut mencur1 perhatian ramai. Ramai menyatakan Lara kini semakin cantik dan manis. Eh, sekali pandang ada iras pelakon cilik, Qistina Raisyah lah. Comel sangat.

Lara telah menunjukkan beberapa barang cenderahati buku nota, sticker, pensel warna, pensel dan bermacam lagi. Segala editing video ini dilakukan sendiri oleh Lara termasuk pilihan lagu untuk video tersebut. Wah, hebatlah Lara.

Jom tonton video di bawah :

Ramai yang memuji wajah Lara yang semakin cantik apabila semakin membesar. Antara komen-komen yang diberikan :

” Kemain ek, lawalah dia, makin besar makin cun dia lama tk stalk laraaa.. Terasa tua sgt dh aunty ni bila tgk lara dh besar camni.. “

” Lama tak tengok dia.. hai lara.. Semoga lara terus sihat dan solehah. Allahumma Faqiha Fiddin Wa Alimha Bi Taqweel.. “

” Lara tanya mumy, aunty nk jd anak angkt mumy bole tak.. lawa macam mummy.. Kemain eh lara posing comelll lahh.. “

” Cantek Lara. Combination of daddy overall features & mommy’s mouth. Makin besar semakin cantik Lara.. “

” Makin lawo cantik Lara.. dari baby merah sampai skrg follow Lara… besar dah Lara… Boleh lah, jadi influencer cilik juga pasti b1sa.. “

” Teringat time video Lara menang1s sebab ikan dia mat1. Now dah BIG GIRL.. cantiknya dia senyum.. “

” Makin besar makin lawa makin ikut muka mummy dia. Membesar dengan sihat ya lara. Make you mummy and daddy proud okey.. “

Wah, memang menarik video yang dikongsikan oleh Lara ini. Lara sememangnya boleh menjadi seorang influencer kerana dari kecil lagi sudah ramai yang meminatinya. Semoga berjaya buat Lara Alana dan all the best.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Lara Alana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..