” Faz very simple even you are superstar, bagus Faz.. ” – Netizen

Atas Permintaan Peminat, Fazura Kongsi Video Penuh Percutian Bersama Keluarga Di Langkawi. Wah Seronoknya Fatima, Macam-Macam Fatima Explore Kali Ini. Faz Pun Humble Sangat, Baju Pun Simple-Simple Je. Terbaik Lah !!

Baru-baru ini, usahawan dan pelakon, Fazura bersama Fattah Amin dan anak mereka, Nur Fatima Aisya telah pun bercuti di Pulau Langkawi. Turut sama dalam percutian kali ini adalah ahli keluarga Fazura dan Fattah serta staff-staff yang bekerja dengan Fazura.

Meninjau akaun Instagram Fazura, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan antara kenangan-kenangan manis sepanjang percutian mereka sekeluarga sebagai memenuhi permintaan daripada peminat ketika sesi live bersama Fazura.

Humble dan simple, itu yang dapat diungkapkan oleh peminat untuk pasangan Fazura dan Fattah. Pakaian yang dipakai nampak simple sahaja namun tetap kelihatan anggun. Seperti biasa, telatah Fatima pasti menjadi perhatian peminat.

Buat kali pertamanya, Fatima dapat mandi pantai dan bermain pasir pantai. Seronok betul Fatima dan mulutnya memang petah bercakap. Banyak lagi aktiviti lain yang dilakukan oleh Fatima  antaranya mewarna batik. Boleh tahan cantik juga hasil tangan Fatima mewarna.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada peminat sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :

” Bagus faz , simple life happy je tak der nak kena control setiap pergerakan, pakaian .. tak over dlm segala hal .. lot of love.. “

” Suka tengok kehidupan fazura dan fatah very simple dalam segala segi. Nice family and sweet couple.. “

” Berulang Kali tonton video ni coz it was such a nice , wonderful, positive vibe n sweet families Hollidays to watch. Alhamdulillah… semoga Allah rahmati Dan perluaskan lagi rezeki fazura, Fattah Amin sekeluarga.. “

” Love nyaaa faz. Simple, beautiful super love this family. Dulu tak minat, sekarang dah jadi peminat fazura & fatima. Hahaa cutteeeeeeeeeeee sangat video ni.. “

” Thanks Faz for sharing your happy moments. And Fatima clever girl la. So nice Fatima’s gift to mommy.. “

” Love family.. So cute fatima. faz very simple even u are superstar.. fatima comel sgt.. anak bapak sngat fatima ni.. “

” Wahhh.. macam² aktiviti nyamma ye.. dari mandi laut sampai la kaler batik. It’s not a boring video.. Love to see every moment especially when it comes to Fatima.. “

” Fatimah adventurous sangat, more vlogs please. Suka tengok Lots of love. Beautiful, unfiltered, genuine family life. May your family will always be blessed with Allah’s mercy, Faz. Aamiin.. “

Tiada yang lebih gembira dan menyeronokkan apabila dapat bersama keluarga tersayang. Pastinya percutian kali ini menjadi kenangan terindah untuk seluruh keluarga Fazura dan Fattah. Semoga terus bahagia dan maju jaya Fazura.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fazura

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..