” Nampak melawak pasal ‘siapa cantik’ tu, tapi bagus abang Sharnaaz.. ” – Netizen
Video Sharnaaz Ahmad Bertanya Kepada Jebat Jayden, Antara Mommy Dan Girlfriend Baba Yang Mana Lebih Cantik. Jawapan Jebat Dan Respon Sharnaaz Raih Pujian Ramai. Salute Lah Mamu !!
Siapa tidak kenal dengan kepetahan anak tunggal kepada pasangan Sharnaaz Ahmad dan Noornabila bernama Jebat Jayden. Dipanggil Jayden oleh kedua orang tuanya, Jebat merupakan seorang anak yang baik dan lembut tutur katanya.
Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan Jebat memberitahu babanya ini mempunyai teman wanita. Berker0t jugalah wajah Sharnaaz ketika itu kerana Jebat sudah ‘kant0ikan’ tentang status dirinya sama ada single atau ada teman istimewa.
Terkini, di Youtube Channel Sharnaaz TV, satu video baru Sharnaaz bersama Jebat dimuatnaik. Video dengan judul ‘ Jebat Bagi Kant0i Girlfriend Baba ini telahpun ditonton oleh lebih 182 ribu tontonan sehingga sekarang.
Ketika Sharnaaz dan Jebat sedang merakamkan video ini, Noornabila menelefon Sharnaaz dan bertanya kepada Jebat apa yang sedang dilakukan. Sempat juga Bella menyakat Sharnaaz dengan meminta Jebat menunjukkan di manakah awek babanya.
Hubungan mesra Sharnaaz dan Bella sering dipuji oleh peminat. Berp1sah bukan alasan untuk mereka bermus0han. Kedua-duanya memberikan kasih sayang yang sepenuhnya untuk Jebat. Video diteruskan lagi dengan sembang santai Sharnaaz dan Jebat.
Sharnaaz bertanyakan kepada Jebat siapakah yang lebih cantik antara Nabila dan awek barunya, Jebat menjawab ‘awek baba’. Namun cara Sharnaaz mengajar Jebat supaya sentiasa mengatakan ‘Mommy orang yang paling cantik’ dikagumi oleh netizen. Antara komen-komen netizen:
” Mengalir air mata bila Sharnaaz suruh kata mommy lagi cantik. The way he treat his son is so sweet ahh ca1r.. “
” Mamu, aku salute hang la mamu ataih bawah punya salute. Dah berp1sah tetap berbaik tak kisah la berbaik demi anak ke apa tapi tetap berbaik itu yg paling mahal.. “
” Mamu kalau bab anak memang nampak sayang betul, penyayang. Respek la mamu… Matang dalam kehidupan.. Walaupun dihalang dengan perp1sahan. Tetap berbaik demi anak.. “
” Nampak melawak pasal ‘siapa cantik’ tu, tapi bagus abg sharnaaz. Dia suruh jebat utamakan mak kandung dia dahulu. Terbaik bang.. “
” Haha lawak part last, Jayden part ending tu, dia cuba t1ru bapaknya gaya tangan. Anak baba sungguhla. Yang penting kena mommy paling cantik ok jebat.. “
” Sampai kat rancang Melet0p pun kantoi. Mamu, tersed1h pulak hujung hujung video adehh.. “
” Suka tengok mamu layan anak, lawak la kalau selalu berdua macam ni. kali ni pun baba kant0i lagi pasal awek baru tu dengan Jebat haha.. “
Dalam lawak ada part sed1h baba dan Jebat ini. Apa-apa pun Jebat memang pandai coverline baba, hehe. Semoga Sharnaaz bertemu kebahagiaan yang dicari dan si dia boleh menjadi kawan terbaik untuk Jebat Jayden juga.
Tonton video di bawah :
Part Nabila menyoal Jebat di mana awek baba :
Part sembang santai Sharnaaz dan Jebat :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Jebat Jayden, Youtube Channel Sharnaaz TV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..