” Happynya Ayash, alahai kalau ibu ada tentu dia gom0l Ayash.. ” – Netizen
Video Anak Bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan Yang Gelak Mengekek-Ngekek Apabila Diagah Oleh Kakaknya, Talita. Alahai Comelnya Ayash Gelak, Siap Bersambung-Sambung Lagi. Mudah Terhibur Sangat Ni !!
Ayash Affan anak yang cukup istimewa buat Shuib Sepahtu sekeluarga. Si bongsu lambang kasihnya seorang bergelar ibu ini membawa kebahagiaan untuk semua. Ayash dijaga oleh ibu Shuib, Salamiah Jalani dek kerana kekangan masa yang dihadapi oleh Shuib.
Bagi peminat yang mengikuti akaun Instagram ibu Shuib, banyak gambar-gambar dan video-video Ayash dikongsikan untuk tatapan peminat. Setahun sudah usia Ayash, semakin banyak telatahnya yang menghiburkan hati.
Meninjau akaun Instagram Amy_salmi, telah dikongsikan satu video terbaru Ayash. Kedengaran suara kakaknya, Dzahira Talita Zahra mengagah Ayash yang sedang duduk di atas sofa. Mendengar sahaja suara kakaknya, terus Ayash ketawa.
Mudah sungguh terhibur si comel Ayash ini. Lagi diusik oleh Dekta, lagi kuat gelak ketawanya itu sampai mengekek-ngekek. Hai lah, suara Ayash ketawa tu sedap didengar. Bak kata peminat, lunak merdu suara Ayash.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Salmi ini telahpun meraih lebih 1000 tanda suka setakat ini. Antara komen-komen peminat :
” Comelnya ger4m tau tengok Ayash. Happynya Ayash ni, aunty pun ikut ketawa tengok Ayash gelak tu.. “
” Ee sayang anak nih, comel betul. Budak b4mb4m Ayash, pipi tu chubby betul. Suara gelak tu buat kita tersenyum sorang.. “
” Ala ala seronok betul ketawa budak deb4b ni. Nenek agah dekat kita pulak nek Salmi heheh.. “
” Happynya Ayash, alahai kalau ibu ada tentu dia gom0l Ayash. Anak yang baik dan comel.. Kita pulak terikut gelak.. “
” Ger4m tengok dia ni, chubby sungguh. Kalau dapat anak macam ni nak kem4m kem4m peha dengan tangan tu. comel sangat.. “
” Ayash sayang, comelnya Ayash ni. seronok tengok Ayash ketawa, happy sangat ye. Suara tu lemak merdu gitu.. “
” Tengok Ayash gelak, kita pun tersenyum je tengok. Kelakar sangat Ayash gelak tu. Semoga Allah melindungimu sayang.. “
” Comel dia, pandai kakak dan abang melayan. Sampai mengekek adik tu gelak haha. Lemak na bunyi ketawa tu Ayash.. “
Ketawa yang membahagiakan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Ketawa Ayash boleh menjadi menceriakan hidup daddy dan adik beradik Ayash yang lain. Apa-apa pun, semoga Ayash sihat selalu dan menjadi anak yang soleh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amy Salmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..