” Bagusnya majlis macam ni, ringkas dan tak membaz1r.. ” – Netizen

Video Majlis Merisik Anak Sulung Kuna Muzani, Nik Hakimi Yang Simple Namun Tetap Meriah. Wah Bakal Dapat Menantu Tak Lama Lagi. Cantik Dan Manis Orangnya !!

Pelakon wanita berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kuna Muzani antara pelakon yang sudah lama berkecimpung dalam dunia lakonan. Untuk rekod, Kuna mempunyai 3 orang anak iaitu Nik Hakimi, Nik Haikhal dan Elysha.

Meninjau akaun Instagram Kuna Muzani, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan majlis merisik dan hantar tanda untuk anak terunanya, Nik Hakimi. Memilih seorang gadis bernama Nabilah Zamrose sebagai bakal pasangan hidupnya, majlis berlangsung dengan simple dan santai sahaja.

Adik kepada Kuna iaitu pelakon Kuza dan anak-anaknya turut sama hadir ke majlis ini sebagai wakil daripada pihak lelaki. Kec0h suasana dengan gelak ketawa apatah lagi ramai yang mengusik ketika Kuna menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya itu.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang dirancangkan. Nampak cantik dan manis sekali bakal menantu Kuna ini, sesuai sangat dengan Hakimi. Bagai pinang dibel4h dua.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

Gembira sungguh Kuna sekeluarga dan Kuna turut mengharap agar majlis ini mendapat barokah dan redha daripada Allah. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah tahniah kak Kuna. mga Allah mudahkan urusan ikatan perkahwinan anaknda kak Kuna nti, Aamiin Ya Mujiib.. “

” Alhamdulillah syukur aamin. Congrats kak na, dah nak kahwin Hakimi ya. Tak lama lagi dapat menantu la.. “

” Alhamdulillah untuk Hakimi dan Kuna sekeluarga. Syukur semoga sentiasa dilimpahi segala kebaikan dunia dan akh1rat.. “

” Alhamdulillah dan tahniah Kuna nak dapat menantu. Semoga Allah swt permudahkan semua urusan InShaaAllah.. “

” Wow congratulations babe, tak sabar nak makan nasi minyak. Bakal menantu Kuna cantiknya. Semoga berjalan lancar hingga ke jinjang pelamin.. “

” Cantik bakal menantu Kuna, tahniah buat pasangan. Selamat menemp0h alam pertunangan. Semoga pertunangan ini kekal hingga jinjang pelamin.. “

” Bagusnya majlis macam ni, ringkas dan tak membazir. Tahniah Kuna soon bakal terima menantu.. Cantik bakal menantunya.. “

Alhamdulillah selesai sudah majlis merisik, hanya t1nggal selangkah sahaja lagi untuk ke alam perkahwinan. Semoga Hakimi dan pasangannya ini sentiasa bersabar dalam menemp0hi alam pertunangan yang banyak pancar0banya ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kuna Muzani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..