” Lahir hari tu macam muka Syamel, sekarang muka Ernie la.. ” – Netizen

Gambar Dan Video Terbaru Anak Syamel Dan Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha Raih Perhatian Peminat. Wah Dah 7 Bulan, Makin Besar Makin Iras Ernie Lah. Perang4i Pun Dah Macam-Macam Sekarang, Cute Sangat !!

Hari berganti hari, bulan berganti bulan kini anak sulung Ernie Zakri dan Syamel, Nur Khawla Soleha hampir 7 bulan usianya. Si kecil ini bukan sahaja menjadi kesayangan Ernie dan Syamel, malah para peminat pasangan ini juga.

Meninjau akaun Instagram Nur Khawla Soleha, sekeping gambar terbaru Khawla ada dimuatnaik. Khawla yang bermata bulat ini kelihatan semakin comel. Jika sebelum ini rupa Khawla kelihatan seperti Syamel, namun kini kata peminat lebih kelihatan seperti Ernie pula.

Dengan headband polka dot berwarna putih dan merah di kepalanya, wajah Khawla nampak serius sahaja. Di ruangan kapsyen pula tertulis ungkapan selamat pagi buat semua peminat Khawla dan doa daripada Ernie dan Syamel agar semua dalam keadaan baik.

Ernie juga ada berkongsikan satu video yang menunjukkan Khawla sedang didukung oleh Syamel untuk ke hospital bagi pemeriksaan bulanan. Tak terasa cepat betul masa berlalu, sudah pandai merangkak Khawla dan banyak perang4i yang mula ditunjukkan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Posting ini telahpun mencur1 perhatian peminat dan antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” Nmpknya Khawla yg comel ni kena rasmikn konsert Ibu dan Daddynya tu nnt. 7 bulan dah pandai ckp .. confirm dah besar nanti mmg sedap menyanyi ni.. “

” Good Morning Nur Khawla Soleha. cakap kat ibu dan ayah semoga hari2 mereka pun baik baik sahaja.. “

” So cute little baby Khawla, dah macam muka Ernie la. Rasa macam tengok Syamel tengah dukung Ernie tu.. “

” Alolololo… Muka ibu ayah sangat. Lahir aritu nampak macam muka Syamel, sekarang eh muka Ernie la lagi-lagi mata tu.. “

” Ingatkan Ernie throwback gambar masa baby dulu haha. Khawla yang comel, Eeeee awk tau tak dedi dgn eibu awk menang award hr tu.. “

” Comel je mini Ninie ni, Mak-mak automatik bertukar sore itik bila bercakap dengan anak y haha.. “

” Aaa cepat nya dh 7m … comeiii… moga membesar dengan sihat. mini kak nini lah Khawla ni. suka tengok khawla.. “

Semoga Nur Khawla Soleha sentiasa dalam jagaan Allah, membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah buat daddy dan eibu. Tak sabar peminat hendak melihat Khawla ‘dapat kaki dan mulut’, confirm riuh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Daebakingz, IG Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..