” Lembut sangat jari jemari tapi tangkas.. ” – Netizen

Video Aksi Fattah Amin Membuat Kej0tan Dengan Bersilat Di Hadapan Ribuan Peminat Ketika Datuk M. Nasir Menyanyi Lagi Mentera Semerah Padi Di Konsert Faztival Fazura 2022. Wah Hebat Lah Daddy Fatima Ni !!

Axiata Arena Bukit Jalil mencatatkan sejarah buat usahawan dan pelakon, Fazura apabila konsert anjurannya mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record iaitu The Largest Tudung Fazura Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

Banyak persembahan menarik yang dipersembahkan pada malam tersebut dan antaranya adalah nyanyian daripada Dato’ M. Nasir. Lebih istimewanya Fattah Amin memperlihatkan gerak tari silatnya mengiringi nyanyian penyanyi legend ini.

Meninjau akaun Instagram Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di pentas Faztival ketika Fattah sedang menunjukkan jurus silatnya itu. Mendapat sorakan yang kuat daripada peminat, bunga silat Fattah dipuji ramai.

Sesuai dengan lagu Mentera Semerah Padi, seni silat Fattah membangkitkan semangat peminat yang menontonnya. Buat makluman, aksi Fattah bersilat ini juga salah satu kej0tan pada malam konsert Faztival Fazura ini.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 15 ribu tanda suka telahpun diberikan oleh peminat untuk perkongsian oleh Fattah ini. Antara komen-komen peminat :

” Cantik silat BamTah, HappyFattasticDay. Aku dengau akak tu jer1t ” ensemnya suami orang” hahhahaha h1lang arah kejap nak tengok abamtah silat tau tak.. “

” Tq my bro fattahaminz sudi pelawa aku berjual beli silat pulat di atas pentas konsert yg havoc. terbaik.. “

” Awang, terbaikk Padu la awang aka bamtah. My lil boy suka tgk bab Fattah silat ni.. Fattah memang hebat bersilat.. “

” Ntah berapa Kali I ulang tengok Kat YouTube. Terpesona dgn lenggok silat u. by the way happiest birthday fattah.. “

” Happy birthday fattahaminz semoga lebih berjaya. Please banyakkan berlakon filem aksi lepas ni.. “

” Goosebumps tengok.. semangat kepahlawan meresap tibehhh walau tngok video je. tahniah fattahaminz kerana tidak lupa adat kepahlaw4nan melayu walau dlam bergembira menyanyi.. Happy birthday.. “

” Lawanya Bunga dia mmg padu. Lembut sgt2 jari jemari.. tapi tangkas. Kita pun rasa nak bersilat sekali.. “

” Perghh perrtama kali tengok lagu ni M. Nasir nyanyi live untuk pesilat.. mantap la awang. Congrats Sebab berani bersilat dpn ramai.. “

Hebatlah daddy Fatima ini, bukan hanya bersilat dalam lakonan sahaja tetapi secara live pun pandai bersilat. Sudah ada permintaan daripada peminat supaya Fattah lebih kepada filem aksi selepas ini. Apa-apa pun, di kesempatan ini kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Fattah dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fattah Amin, IG Faztival

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..