” Ajuk uncle ni masak, lepas tu ketawa non stop. Haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Comel Anak Farah Nabilah, Andre Omar Menonton Dan Men1ru Percakapan Youtuber Channel Village Cooking Buat Peminat Terhibur. Amboi Dre, Fasih Lah Cakap Tamil Lepas Ni. Bukan Main Perkataan Yang Dre Sebut Tu Yer, Haha !!

Farah Nabilah masih lagi menjadi tumpuan peminat sekalipun tidak seaktif dulu dalam dunia lakonan. Bahagia dengan kehidupannya bergelar ibu kepada si kecil bernama Andre Omar, cahayamata Farah ini juga antara anak selebriti yang disukai ramai.

Meninjau akaun Instagram Farah Nabilah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Andre ketika berada di rumah. Video ini dirakamkan oleh suami Farah, Amirul Yunus ketika Farah sedang bekerja di luar.

Andre yang asyik menonton video masakan dari channel Village Cooking membuatkan Amirul tergelak melihatnya. Video daripada youtuber yang bercakap dalam bahasa Tamil ini menjadi salah satu channel kegemaran Andre sekarang.

Comel sahaja Andre mengajuk percakapan Tamil yang didengarinya itu. Hai lah Andre, orang lain sibuk tengok cerita karton, Andre pula layan video memasak, bahasa Tamil lagi tu. Lain daripada yang lain lah Andre.

Jom tonton video di bawah :

Video gelagat Andre ini telahpun mendapat lebih 12 ribu likes daripada peminat. Antara komen-komen peminat :

” Haha anak belajar bahasa English bukan, anak belajar bahasa Tamil iye haha. Dre boleh masuk kelas bahasa Tamil haha.. “

” Alamak belajar bahasa baru Dre haha, comelnya dia. Dre suka masak macam mama dia, cute sangat.. “

” Andre favourite uncle maybe haha, so cute masya Allah. ajuk uncle ni masak, lepas tu ketawa non stop haha.. “

” Dre gonna be a chef one day. he loves cooking show. Comelnya handsome boy layan Tamil, ger4m je tengok.. “

” Fawa kenan mana punya hero Tamil haha. Comel betul la, r1sau nak oi sedar-sedar pandai cakap tamil. Nganga mak ayah dre haha.. “

” Comel dan kelakar, macam paham je jawab atok tu cakap haha. Fasih la Dre cakap Tamil nanti. Bersungguh dan fokus haha.. “

” So cute , looks like he gonna learn Tamil soon and some of his tamil pronunciation sounds good.. “

Alahai Andre Omar, memang kelakar lah si kecil seorang ini. Menonton video sebegini juga salah satu cara pembelajaran yang mudah diikuti oleh kanak-kanak seperti Andre. Siapa tahu sedikit masa sahaja lagi Andre boleh bercakap Tamil, apa-apa pun ceria selalu yer Andre Omar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..