” SubhanAllah nama yang baik, hebat dan simple.. ” – Netizen
Setelah 4 Hari Bersalin, Uyaina Arshad Dan Suaminya, Raja Syahiran Kongsi Gambar Dan Nama Anak Mereka. Wah Cantiknya Nama, Ambil Daripada Nama Sultan Empayar Uthmaniyyah Rupanya !!
Tanggal 8 September menjadi detik permulaan buat pasangan Uyaina Arshad dan Raja Syahiran bergelar ibu dan ayah. Selamat melahirkan seorang bayi lelaki secara pembed4han, khabar gembira itu dimaklumkan oleh Uyaina dan Raja Syahiran di akaun media sosial mereka.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Uyaina dan Raja Syahiran, beberapa keping gambar terbaru mereka bersama cahayamata sulung mereka dikongsikan untuk tatapan peminat. Sebelum ini Uyaina cuma menggelarkan bayi ini sebagai URSjr.
Memilih nama Raja Urhan untuk si kecil ini, Uyaina memberitahu maksud di sebalik nama tersebut iaitu Pemimpin Yang Hebat, A Great Leader. Nama ini juga diambil sempena nama Sultan Empayar Uthmaniyyah yang kedua iaitu Sultan Orhan Gazi.
Selain itu juga, nama Urhan mirip dengan nama ibu Uyaina iaitu Noor Alhan. Sebagaimana ibu bapa lain, Uyaina mengharapkan agar anaknya ini membesar menjadi seorang insan yang baik budi bahasanya dan memberi kebaikan kepada orang lain.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, lebih 46 ribu likes dicatatkan untuk perkongsian oleh Uyaina ini. Antara komen-komen peminat :
” Tahniah adinda berdua. Mudah2an anakanda Urhan akan menjadi permata yang bersinar dan membanggakan kedua orang tuanya, diberkati Allah dalam perjalanannnya di dunia ini nanti dan dikasihi Allah kelak sampai negeri abadi. With love frm abg n family.. “
” Alhamdulillah, tahniah Uyaina dan suami. Smoga Raja Urhan membesar dgn baik, sihat dan ceria sllu.. Subhanallah nama yg baik yg hebat n simple.. “‘
” Alhamdullilah. Tahniah Uyaina & Syahiran. Raja Urhan.. Semoga dipermudahkn semuanya. Aamiin. Selamat berpant4ng.. Sedapnya nama.. moga jadi pemimpin islam yg hebat insyaa Allah.. “
” Assalamualaikum Raja Urhan, Anak Sholeh insyaallah Aamiin.. semoga nama nya menjadi do’a, sehat sehat selalu yah baby, mama and baba dan selamat berpant4ng mama Uyaina.. “
” Wsalam.. alhamdulillah.. kurniah terindah bgi seorg ibu dan ayah.. moga cahayamata membesar sihat dan menjadi insan yg berhati mulia.. Aamiin.. “
” Alhamdulillah Tahniah.. Semoga Raja Urhan membesar dengan sihat, menjadi anak yang Soleh.. Such a nice name.. Uthmaniyyah empayar Sultan Suleyman Hurrem & Kosem. Mashallah sedap nama tu.. “
” Alhamdulillah, selamat atas kelahiran bayimu. Semoga selalu sehat dan berada dalam lindungan-Nya, menjadi anak yang soleh / solehah, serta membawa kebaikan dan keberkahan untuk keluarganya kelak.. “
Dengan lafaz Bismillah, bermulalah kehidupan baru Uyaina dan Raja Syahiran bersama Urhan. Semoga baby Urhan membesar menjadi insan yang berguna sebagaimana harapan Uyaina dan anak yang soleh kepada kedua ibu bapa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Uyaina Arshad, IG Raja Syahiran
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..