” Pandai betul lah Arrian ni, fasih cakap Mandarin.. ” – Netizen

Video Anak Sulung Tomok, Arrianshah Akid Berbual Dalam Bahasa Cina Dengan Gurunya Buat Ramai Kagum. Wah Berhabuk Lah Arrian Cakap Cina. Part Nak Pergi Jalan Tu Terkej0t Dibu Dengar, Haha !!

Menerusi akaun Instagram isteri Tomok iaitu Ayu Abas, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat anak sulung mereka, Arrianshah Akid sedang berbual dalam bahasa Mandarin bersama gurunya.

Memperkenalkan dirinya pada awal video, guru Arrian bertanyakan adakah Arrian suka belajar bahasa Mandarin dan mengapa Arrian belajar bahasa as1ng ini. Jawapan Arrian tidak disangka dengan mengatakan dia ingin melancong ke Beijing, China.

Membaca kapsyen posting ini, Ayu sendiri tidak tahu Arrian ingin pergi ke Beijing. Apa lagi, dibu bolehlah membuat perancangan untuk cuti-cuti ke China. Sudah ada translator kecil ini, mudah lah Dibu hendak membeli-belah.

Ayu turut berkongsi cerita pengalamannya sebelum ini ketika berkomunikasi dengan peniaga di Beijing. Jika dahulu tawar menawar dengan menunjukkan angka di kalkulator, selepas ini Arrian boleh lah tolong Dibu mendapatkan harga yang murah.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Ayu ini telahpun mendapat lebih 2500 likes setakat ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Wow bestnya Arrian. Ayu Abas, pinjam sat anak hang, nak bawak pi China shopping haha.. “

” Pandainya Arrian, Arrian boleh tolong jadi translator bila melancong ke Beijing dengan family.. “

” Follow dia dari kecik gitu now so grown up and smart boy arrian. Ger4m eh tengok kening dia tu.. “

” Hahahh sama la.. dok excited hantaq anak sekolah cina sebab senang nak deal harga bila pandai cakap cina.. “

” Alah comel je dia, smart boy Arrian. Good idea ni, Ayu buat la acc tikt0k arryan kalu blh nk tgk dia hari2.. dia penyejuk mata.. “

” Pandai betul lah Arrian ni, fasih cakap. Suka cara Tomok dan Ayu didik anak. Next trip Beijing hehe.. “

” Wah makin fasih Arrian, sikit lagi berabuk la speaking mandarin dia., bijak smart boy Arrian, Ni nk pergi beijing nak shopping ke hahaha.. “

Seronok mendengar perbualan antara Arrian dan gurunya itu. Hari demi hari, semakin banyak kemajuan Arrian dalam menguasai bahasa Mandarin. Semoga Arrian dikurniakan oleh Allah kelapangan hati dan fikiran untuk menimba ilmu dan menjadi insan yang berguna kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ayu Abas

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..