” Pergh dah sado balik, hari tu bukan main membulat.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Shaheizy Sam Buat Ramai Peminat Kagum. Wah Cepat Betul Sam Kecilkan Badan Tu. Dah Nampak Macam Sam Masa Zaman Muda-Muda Dulu !!

Shaheizy Sam antara pelakon yang aktif di sosial media. Kehidupan Sam bahagia bersama Syatilla Melvin dan pasangan ini telahpun dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.

Meninjau akaun Instagram Shaheizy Sam, telah dikongsikan beberapa keping gambar terbaru Sam bersama Syatilla dan anak-anak mereka. Sam sekeluarga berada di stadium Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada 2 pasukan bola sepak negara yang bertanding di final piala FA semalam.

Apa yang menarik perhatian peminat adalah penampilan Sam yang jelas kelihatan susut berat badannya. Jika sebelum ini Sam kelihatan sedikit berisi, namun imej terbaru Sam ini membuatkan peminat merasa kagum dengan perub4han aktor hebat ini.

Memetik kata peminat, cepat betul Sam menurunkan berat badannya. Apabila sudah kurus dan fit bodynya sebegini, Sam kelihatan lebih muda daripada ssbelum ini. Bagi yang tidak mengetahui usia Sam pastinya mengatakan Sam seperti awal 30-an.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Syatilla juga ada berkongsikan gambar bersama Sam ketika majlis memperkenalkan pelakon filem Bakara yang mana Sam merupakan salah seorang pelakon yang terpilih menjayakan filem hebat dan termahal ini.

Perkongsian ini telahpun meraih perhatian dan pujian daripada peminat. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Muka muda belia Sam, dah kurus Sam sekarang. Badan tu macam magic kan, kejap naik, kejap sado. Apakah rahsianya, bolehlah share tips.. “

” Pergh dah sado balik, aritu bukan main membulat ni dah sekeping balik. Ish bagus betul Sam ni, disiplin kuat tu dapat cepat kuruskan badan dia.. “

” Pergh udah slim semula la bro. Lama tak tengok Sam, tahu tahu je dah kurus sado macam ni. Fuh tambah handsome lah tak macam bapak orang.. “

” Wow dah handsome balik favourite hero movie melayu aku ni. Body dah cun balik weh, magic la bro. Sekejap kembang, sekejap kuncup. Senang kurus ya..

” Abang sam dah kuruslah, nampak lagi segak. Senang betul naa idola duk buat badan, my inspiration.. Kurus gem0k macam tu je..”

” Wau body melet0p. abang boleh bagi tip sikit tak macam mana abang turunkan berat badan abang.. “

” Pergh sekejap je kurus, handsome lah makin muda nampak Sam. Macam Sam zaman muda remaja ni. Bukan bapak anak 3 ni Sam oiii.. “

Sam sudah seperti buat magic, sekejap sahaja sudah dapat badan idaman ramai ini. Mungkin pada perkongsian akan datang, Sam boleh kongsikan untuk peminat cara dan tips untuk kurus. Apa-apa pun, semoga Sam terus success dalam lakonan dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shaheizy Sam, IG Syatilla Melvin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..