” Muncung pun comel Afwa ni, ger4m tengok gambar keempat tu.. ” – Netizen

Video Dan Gambar-Gambar Dato’ Seri Siti Nurhaliza Melakukan Aktiviti Renang Bersama Keluarga. Alahai Comelnya Aafiyah Dan Afwa Main Air. Tokti Pun Cantik Tanpa Makeup, Nampak Lebih Muda !!

Apa sahaja perkongsian terbaru oleh penyanyi tersohor Dato’ Seri Siti Nurhaliza mahupun tentang keluarganya di laman media sosial pasti menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi perkembangan anak-anak Dato’ Seri Siti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Siti telah memuatnaik beberapa gambar dan video yang memaparkan dirinya telah mengisi masa lapang dengan melakukan aktiviti renang bersama anak-anak serta suaminya.

Di ruangan kapsyen, Dato’ Seri Siti telah meluahkan rasa syukur kerana dapat melihat anak-anak tersayang membesar di hadapan matanya. Sekali lagi, perkongsian terbaru Dato’ Seri Siti itu telah menarik perhatian warganet.

Kelihatan Aafiyah begitu seronok dapat bermain air bersama ayahnya. Afwa pula yang berada dalam pelampung dipantau oleh Dato’ Seri Siti ketika berada dalam kolam. Sehingga kini, video dan gambar-gambar riadah Dato’ Seri Siti bersama keluarga telah mendapat belasan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen rata-rata memuji kecomelan anak-anak Dato’ Seri Siti dan penampilan Dato’ Seri Siti yang cantik tanpa makeup. Antara komen-komen menarik adalah :

” Muncung-Muncung pun comel Afwa ni, ger4m tengok gambar keempat tu. Tokti nampak muda belia betul bila tak pakai makeup.. “

” Cantiknya gambar Mak Iti, selamat menikmati hari minggu. Hahahaha Afwa ni asyik buat muka mar4h je, tapi comel lah.. “

” Masa yang sangat berharga. MasyaAllah suka tengok kehidupan Datuk Siti, rasa tumpang bahagia, comel2 anak-anak.. “

” Ger4m lah tengok Afwa, dalam semua pic, Afwa paling juara, hahaha. Cantik lah Dato’ Siti dalam air pun berseri-seri.. “

” Afwa slalu muncungz terlalu chomeyyyy lah. Ger4m tengok telatah budak bamb4m ni dalam video tu, haha. .”

” Afwa muka tak pernah nak cool, hahahhaa. Tengok Kakak Afiyah happy je muka dalam main air dengan ayah.. “

” Pipi bamb4m Afwa tu dah boleh buat pelampung, comfm2 tak tenggelam air. Rasa nak cub1t2 je pipi tu, comel sangat.. “

Alahai memang nampak remaja Dato’ Siti. Part gambar-gambar Afwa tu sangat lah mencu1t hati, ada sahaja mimik mukanya yang suka membuat mulut munc0ng membuatkan ramai yang ger4m. Apa-apa pun semoga Dato’ Seri Siti serta sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia bersama.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..