” Auto senyum memanjang yer bila dengar nenek nyanyi, ger4m tengok.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Shuib Sepahtu, Ayash Affan Ketika Mendengar Neneknya, Salamiah Menyanyi Buat Ramai Yang Ger4m. Alahai Comelnya Ayash Senyum. Suara Nenek Menyanyi Pun Sedap !!
Meninjau di akaun Instagram ibu pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Puan Salamiah Jalani telah berkongsi video terbaru bersama cucunya, Ayash Affan. Kelihatan video tersebut telah dirakam ketika mereka berada di sebuah kedai makan.
Gelagat Ayash ketika mendengar neneknya menyanyi kelihatan sangat comel. Ayash terus mengukir senyuman dan seakan sangat terhibur dan suka akan lagu yang dinyanyikan oleh nenek kesayangannya.
Selain itu, kongsi Puan Salamiah di kapsyen, Ayash menemani dirinya untuk menonton wayang lakonan daddy Ayash iaitu Abang Long Fadil 3. Alahai senyum Ayash tu memang manis sangat dipandang. Boleh membuatkan ramai yang cair.
Sehingga kini perkongsian video terbaru Ayash tersebut telah ditonton lebih 9 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram dan ada yang menyatakan senyuman Ayash seperti arw4h ibunya, Siti Sarah Raissuddin.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai gelagat Ayash dalam video itu dan memuji kecomelannya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Auto senyum memanjang yer bila dengar nenek nyanyi, ger4m tengok, hehe. Bijak betul lah budak comel ni.. “
” Alolo comelnya bam b4m nyaaa. Cute sgt Ayash ni, bila senyum terus nampak macam arw4h ibunya.. “
” MasyaAllah, Ayash seiras muka ibunya bila senyum. Makin cerdik tengok gelagat Ayash ni, moga terus membesar dengan sihat.. “
” Pandainya anak soleh ni, nampak seronok betul bila dengar nenek nyanyi. Ayash ni goos boy betul lah.. “
” Kesayangan semua ni, dah besar dah Ayash. Senyum Ayash tu buat orang tengok terus rasa terpikat lah.. “
” MashaAllah Tabarakallah. Comel nya Ayash semoga Ayash & nenek sehat wal afiat selalu ya, amin.. “
” Wahh pandai nenek hiburkan Ayash, nampak kemain happy betul Ayash bila dengar lagu tu, senyum je memanjang.. “
Alahai makin handsome anak teruna Shuib ni. Ayash sememangnya seorang yang pemurah dengan senyuman. Apa-apa pun semoga Ayash terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia serta akh1rat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG amy_salmi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..