” Cerdiknya macam faham-faham je, pandai Khaleeda speaking.. ” – Netizen
Video Fazeera Nazri Berborak Dengan Baby Wan Khaleeda Dalam Bahasa Inggeris Raih Perhatian Warganet. Wah Pandai Sangat Khaleeda ‘Menjawab’ Percakapan Umi Tu. Suara Tu Comel Sungguh !!
Ikatan perkahwinan antara Fizo Omar dan Fazeera Nazri diserikan dengan kehadiran seorang cahayamata 2 bulan yang lalu. Kali ini, Fizo dikurniakan rezeki seorang lagi anak perempuan dan kehadiran si kecil ini menambahkan lagi kegembiraan mereka sekeluarga.
Menerusi akaun Instagram Fazeera Nazri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat isteri Fizo, Fazeera berbual dengan anaknya, Wan Khaleeda. Fazeera yang fasih bercakap dalam bahasa Inggeris ini bertanyakan kepada Khaleeda mengapa Khaleeda selalu menang1s.
Seperti memahami apa yang ditanyakan oleh uminya, Khaleeda membuat bunyi suara seakan-akan menjawab soalan uminya. Alahai Khaleeda, sudah banyak mulut ni. Fazeera meneruskan lagi perbualan dan lebih banyak perkataan keluar dari mulut Khaleeda.
Teknik terbaik untuk perkembangan otak bayi seperti Khaleeda. Ini baru 2 bulan usia Khaleeda, apabila besar nanti tentu Khaleeda pun fasih berbahasa Inggeris seperti uminya ini. Seronok peminat mendengar ibu dan anak ini ‘ berborak ‘.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Fazeera ini telahpun meraih lebih 4000 likes sehingga kini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah. Moga jadi anak yang solehah sayang. dahlah comel, bijak baby K ni. Macam faham apa umi cakap ye.. “
” Bijaknya baby, kecil kecil dah pandai English. Smart like mommy lah baby K. Semoga terus sihat yer Khaleeda sayang.. “
” Alolo macam borak santai kopitiam dengan mommy dia je. Comel lah baby Khaleeda ni hehe.. “
“Bijaknya macam faham faham jer, dah pandai borak dengan umi lah Khaleeda. Umi voice is so clear.. “
” Good for develop her brain, comel baby Khaleeda. Terer baby jawab umi eh. cute anak Fazeera ni.. “
” Cerdiknya macam faham faham je, pandai Khaleeda speaking. clever girl Khaleeda, senyum sendiri tengok telatah Khaleeda ni.. “
” Pandai dia speaking, clever lah Khaleeda. Rancak dah borak dengan mommy baru 2 bulan umur. besar sikit nanti riuhlah rumah.. “
Alahai, buat ramai yabg ger4m mendengar suara Khaleeda itu. Suara Fazeera pun sedap didengar dan cukup jelas setiap bait ayat yang diucapkan. Semoga Wan Khaleeda membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah untuk kedua ibu bapanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Fezyra Nesry
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..