” Permaisuri paling ceria, Agong pun terikut sekali buat mini love tu. Hehe.. ” – Netizen

Video Aksi Spontan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Di Sambutan Hari Kebangsaan 2022. Comel Je Part Buat Mini Love Tu, Penyeri Majlis Lah Permaisuri Ni !!

Semalam telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2020 yang ke 65 tahun. Setelah beberapa tahun negara tidak membuat sambutan hari merdeka, suasana kali ini cukup meriah dan mendapat sambutan yang luar biasa daripada seluruh rakyat.

Selain pertunjukkan yang menarik daripada pelbagai institusi dan jabatan, tidak lengkap rasanya majlis istimewa ini tanpa keberangkatan Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri Agong. Meninjau akaun Instagram Dunia Resepi, telah dikongsikan sedikit sedutan menarik ketika majlis sedang berlangsung.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menaiki kereta kuda sambil melambai-lambai ke arah semua yang berada di situ. Permaisuri sememangnya seorang yang selalu menceriakan suasana.

Menyanyi dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan bendera, telatah Raja Permaisuri menarik perhatian warganet. Sangat comel permaisuri dengan mini love nya, sporting sangat permaisuri kesayangan rakyat ini. Yang Dipertuan Agong pun terikut sama membuat mini love.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada netizen dan rata-ratanya terhibur melihat telatah Raja Permaisuri itu. Antara komen-komen mereka :

” King dan queen paling cute.. ada je yang buat hati rakyat terhibur.. Sayang agong.. bangga koi anak pahang.. “

” Antara king dan queen paling best. Permaisuri terpaling sempoi abad ini, memang comeiiiii sgt keletah dia. And dia jgk yg terrrpaling eksaited… Mmg ceriaa la.. sayang sgt kt Permaisuri & Agong kita ni.. “

” Salah 1 tgk live smpi abis td.. nk tgk gelagat permaisuri comel kita ni.. sgt sporting.. agak dh mesti viral mini love permaisuri n tuanku ni.. “

” Permaisuri paling ceria abad ni, permaisuri kesayangan semua. Suka tgk permaisuri td sgt2 cheeky.. asik buat mini love je.. agong pn trikot skli buat mini love tu hehe.. “

” Ceria betul tuanku… jarang jumpa yg humble seperti beliau. dia yg paling eksaited, paling meriahh dan happy tadi… suka tengok, tak putus dgn mini love dia tu…. ya Allah .. adore sgt.. “

” Tgok kat tv, tergelak tgok gelagat permaisuri dan Tuanku Agong. Berj0get jugak. Dgn mini lovenyee.. Sangat sporting.. “

” Comel je buat mini love tu, permaisuri paling sporting. Tuanku pon sama cute… bg mini love layang lg… part last tue.. “

Permaisuri dan Agong kesayangan ramai yang membuatkan sesiapa yang melihat video ini tersenyum sendiri. Semoga sambutan kemerdekaan kali ini menyemarakkan lagi rasa cinta kita semua kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dunia Resepi, IG Istana Negara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..