” Cantik gambar mulut muncung tu, sebiji macam Raudhah.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Thr0wback Datin Seri Nur Shahida Terpilih Menyertai Persembahan Perarakan Merdeka Ketika Sekolah Raih Perhatian Ramai. Wah Cantiknya Datin, Memang Sebijik Macam Raudhah. Lagi-Lagi Masa Senyum !!
Datin Seri Nur Shahida merupakan isteri kepada usahawan kosmetik, Dato Seri Aliff Syukri Kamarzaman, anak pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita Ibrahim. Datin Seri Shahida mula dikenali menerusi kumpulan nasyid, Solehah yang turut dianggotai oleh penyanyi Bienda.
Ibu kepada lima orang cahaya mata ini memiliki wajah yang cantik dan membuatkan yang memadang pasti akan memuji. Bagi yang mengikuti Datin Seri Shahida di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Datin Seri Shahida seorang yang berpenampilan sederhana.
Terbaru, Datin Shahida telah memuatnaik beberapa gambar yang memaparkan dirinya ketika terpilih menyertai perarakan kemerdekaan mewakili sekolah pada suatu masa dahulu. Difahamkan gambar-gambar itu ketika usia Datin Shahida berumur 16 tahun.
Perkongsian itu telah menarik perhatian warganet. Ada yang menyatakan wajah Datin Seri Shahida seperti anak bongsunya, Raudhah. Sehingga kini, posting yang dikongsikan oleh Datin Seri Shahida ini telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya memuji kejelitaan Datin Seri Shahida ketika di bangku sekolah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantik gambar mulut munc0ng tu, sebiji macam Raudhah. Datin comel, mesti aktif masa sekolah ni, kesayangan cikgu2.. “
” Kenangan zaman sekolah mmg tak leh lupa Datin. Seronok dia lain mcm kan Datin, btw Datin ni dari dulu memang dah lawa sangat.. “
” Kadang2 bila lihat gambar lama, bermain di fikiran, tak sangka sebenarnya perjalanan hidupku lepas habis sekolah mcm nj rupanya. Betul2 tk sangka.. “
” Datin punye muka masa muda kategori paling lawa zaman tu, muka Datin sgt millenium ye waktu tu sbb zaman ni ramai cntik mcm datin. So extravaganza la Datin.. “
” Sekejap macam Nealofa sekejap macam Amyra rosly cantik semuaa nya, comel betul Datin dulu, mesti ramai peminat.. “
” Lahir-lahir terus cantik lah Datin. Mirip betul Raudhah lah bila senyum. Datin sekarang pun lagi bertambah cantik.. “
” Dapat bayang Raudhah bila dah besar nanti, mesti mirip sangat Datin. Cara senyum tu memang c0py paste betul.. “
Sememangnya muka Datin Seri Shahida dalam gambar nampak begitu seiras muka Raudhah. Cantik Datin Seri Shahida, tak banyak berubah pun dengan wajah sekarang, malah semakin cantik. Apa-apa pun, semoga Datin Seri Shahida bahagia bersama keluarga tersayang dan dipermudahkan segala urusan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..