” Buat hal betul, nasib tak kena cep0k. Haha.. ” – Netizen

Video Andi Bernadee Dengan Selamba Menyanyi Di Tengah-Tengah Orang Ramai Yang Sedang Lalu Lintas Buat Ramai Terhibur. Part Andi Tarik Tangan Seorang Lelaki Dan Menari Dengannya Memang Kelakar. Terkej0t Lelaki Tu, Nasib Tak Kena Cep0k Andi Oii, Haha !!

Andi Bernadee antara seorang penyanyi yang namanya semakin menerpa naik dalam bidang seni tanahair. Umum mengetahui anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini semakin dikenali ketika menyertai program Big Stage anjuran Astro.

Selain berbakat dalam seni suara, siapa menyangka Andi Bernadee sebenarnya juga seorang yang kelakar. Lebih-lebih lagi sejak dilihat menerusi rancangan berjudul Master In The House Malaysia yang bersiaran baru-baru ini di TV3.

Terbaru, di akaun Instagram, Andi telah memuatnaik dua video yang memaparkan Andi dengan selambanya tiba-tiba menyanyi di tengah-tengah orang ramai yang sedang lalu lintas. Pelbagai reaksi orang yang lalu lintas di situ dapat dilihat.

Dalam satu video lain pula, Andi telah menarik tangan seorang lelaki untuk menari bersama dan dalam masa yang sama kelihatan Andi menahan ketawa dengan aksi yang dilakukannya itu. Perkongsian video-video itu telah menarik perhatian warganet.

Jom tonton video di bawah ini :

Meninjau di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan telatah Andi dalam video-video tersebut. Antara komen-komen warganet adalah :

” Buat hal betul, nasib tak kena cep0k, haha. Andi kalau keluar perang4i kelakar dia memang gelak besar orang yang tengok.. “

” Hahaha nasib tak kena t1bai aduhai Andi. Tapi nasib lah mamat tu pun cool je menari layan je perang4i tingt0ng kau Andi.. “

”  Hahahahahah reaction orang belakang pun, siap nak menari. Kalau orang tak kenal Andi, mesti cakap kenapalah mamat ni nyanyi sorang2 macam ni.. “

” Kau kan andi kalau tak buat hal tak sah, naik pen1ng orang2 yang jalan tu, tekanan jiwa betul lah hahahaa.. “

” Bang nak pinjam confidence bang, nasib spek mata hitam tu cover mata, kalau tak segan juga kan, kan, hahaha.. “

” Tak boleh blah arr ajak orang tu menari, nasib tak kena bant4i, haahahhaa video paling kelakar aku tengok tau.. “

” Ko dah kenapeeee hahahahaha buat perang4i comel, haha nasib saya kenal bah u Andi tibeeeerrrrrr, hahahaaha ng0k lah.. “

Memang kelakar melihat gelagat Andi. Sebenarnya Andi sedang memperkenalkan single terbarunya yang berjudul ‘ Aku Di Sini ‘ . Apa-apa pun semoga Andi terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan segala urusan dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG andibernadee

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..