” Adik-adik tu kata ‘ you are very pretty ‘, comel je masa permaisuri ajak makan tu.. ” – Netizen
Video KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Melayani Kanak-Kanak Di Floria Diraja Putrajaya 2022. Comel Sangat Respon Permaisuri Masa Kanak-Kanak Cakap Baginda Cantik. Siap Ajak Masuk Makan Bersama !!
Semalam telah berlangsungnya majlis perasmian Floria Diraja Putrajaya 2022 di Anjung Floria, Putrajaya. Majlis ini dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaludin Alias, Presiden Perbadanan Putrajaya, Dato’ Fadlun Mak Ujud dan barisan pengurusan tertinggi Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi menyambut keberangkatan tiba Permaisuri Agong ini.
Menerusi akaun Instagram Istana Negara, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Raja Permaisuri melayani telatah kanak-kanak yang menyertai Floria Diraja ini. Berbual mesra bersama, kemesraan yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri ini meraih pujian daripada rakyat.
Respon Permaisuri ketika dipuji cantik oleh seorang kanak-kanak membuatkan ramai terhibur. Permaisuri yang penyayang ini juga menyuruh kanak-kanak ini dibawa ke dalam untuk makan bersama-sama dengan Permaisuri. Humble betul Permaisuri Agong, manalah rakyat tak sayang. Seorang yang prihatin dan gelak tawanya itu membuatkan orang di sekeliling juga turut ketawa bersama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Istana Negara ini telahpun mendapat lebih 13 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen netizen :
” That ‘afterwards you go inside and eat with me..’ lovely. Our queen, so motherly.. Pemaisuri yg bertakhta di hati rakyat jelata.. “
” Adik2 tu Kata u r very pretty (Tuanku Permaisuri sangat cantik).. Pekat sungguh loghat pahang Raja Permaisuri Agong ‘ajok lah budok-budok ni masok maken’.. So sweet of you Tuanku Permaisuri.. “
” Comel je ajak makan tu, sukanya tengok Tuanku Permaisuri ni, so humble dan berjiwa penyayang pada rakyat jelata.. “
” Daulat Tuanku Best Permaisuri Agong in History, tengok banyak kali cute sangat. Comel ajak budak budak masuk makan.. “
” Hehe comel la ajak makan sekali. Lovely Queen, always in Malaysian heart. Love you tuanku.. “
” Our lovely queen ni.. bab makan pun Tuanku r1sau.. loving mother sangat tau… Cheeky pun ye.. comel sangat.. “
” DYMM SPB RPA Tuanku Azizah begitu ramah sekali. Tuanku dan KDYMM SPB YDA Al-Sultan Abdullah sentiasa mesra dan ramah dengan rakyat jelata. A loving mother and father. Ampun Tuanku. Tuanku berdua sentiasa disegani.. “
” Mak-mak sangat Permaisuri, r1sau anak-anak tak makan, macam mak-mak kita sumer. Untung budak-budak tu.. “
Seronok kanak-kanak ini dilayani sebegini oleh Raja Permaisuri, bukan senang dapat berjumpa dan berbual depan-depan begini dengan Permaisuri. Semoga Raja Permaisuri sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Istana Negara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..