” Seriouslah tu bukan Fazura, sebijik sama weh.. ” – Netizen

Video Seorang Wanita Yang Mirip Wajah Fazura Raih Perhatian Warganet. Fuh Bukan Setakat Muka Je Sama, Suara Dengan Ekspresi Muka Dan Cara Bercakap Pun Sama. Dah Macam Kembar. Fazura Siap Tinggal Komen Lagi !!

Dikatakan setiap orang akan ada 7 orang yang sama wajahnya dalam dunia ini. Baik lelaki mahupun lelaki, tentu ianya membuatkan ramai yang teruja apatah lagi jika wajah seiras dengan artis terkenal.

Begitu jugalah yang dialami oleh seorang pengguna Tik T0k atas nama Elle Zack Steak. Wajahnya yang nampak seiras dan saling tak tump4h seperti wajah selebriti dan usahawan tudung terkenal, Fazura menarik perhatian ramai.

Menerusi akaun Instagram Berita Kopak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Elle bercerita tentang pengalaman kerjanya di outlet KFC dan ramai yang mengatakan wajahnya serupa dengan Fazura.

Dari video ini, warganet dapat melihat bukan sahaja wajahnya iras dengan Fazura, malah suara dan reaksi wajahnya ketika bercerita juga sama. Ramai juga yang menyangkakan pada awalnya ini adalah Fazura, walhal ianya pelanduk dua serupa.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian ini telahpun ditonton oleh lebih 4000 tontonan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsiakan untuk pembaca :

” Aah ada iras-iras tu.. tone suara macam nak dekat sama.. cuma fazura lembut lagi tone suara.. “

” Kalau tak baca kapsyen, mat1 mat1 ingat Fazura. Saya ingat Fazura, sebijik sama.. 3 kali ulang tengok bideo nak confirmkan ye bukan fazura.. “

” Semua sama, suara, wajah dan cara bercakap. Expression muka pun sama. Sekali tengok iras Fazura, lama-lama baru boleh tengok bezanya.. “

” Sump4h cara cakap pun sama. Aku ingat ni video Fazura, ingatkan Fazura cerita budak tak kenal Fazura kerja kfc haha. Tekan komen terus terkej0t.. “

” Eh suara pun sama, ingatkan tadi Fazura betul. Dari hidung ke bawah sama, mata je lain sikit.. Pelanduk dua serupa.. “

” Weh aku ingat Fazura, lama aku tenung. Cara mulut bercakap pun sama, oh my i stress haha, sebijik sama weh.. “

” Seriouslah tu bukan fazura, even suara and cara cakap pun sama. Aku repeat 2 kali ni vid baru perasan yg dia bukan fazura. at first mmng aku yakin dia ni fazura.. “

” Weh aku ingat Fazura tengah cakap, ni Fazura ke kembar. Bukan setakat cara suara pun sama. Fotostat Fazura ni.. “

Fazura juga memberikan komen di Tik T0k Elle. Wah siap mengaku twin lagi tu, untunglah Elle, hehe.

Ini kalau dipertemukan Fazura dan Elle dan duduk bersebelahan, tentu semua yang melihat mereka berdua boleh tertukar yang mana satu Fazura original dan yang satu Elle. Hampir sama dan kedua-duanya cantik. Apa-apa pun, stay safe selalu dan ceria selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Berita Kopak, IG Fazura, Tik Tok Elle Zack Steak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..