” Comel sungguh gaya Rina ni, tak jemu tengok.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina Yang Kini Sudah Pandai Berdiri Sendiri Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Reaksi Muka Rina. Tak Lama Lagi Boleh Berjalan Dah Ni !!
Jika sebelum ini ramai yang menantikan video gelagat Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim, namun setelah kelahiran anak mereka Rina, ramai yang tak sabar menunggu pasangan ini memuatnaik video terbaru si comel tersebut.
Jangan tak sangka Rina yang baru berusia 10 bulan ini sudah mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya dari semasa ke semasa. Ada sahaja gelagatnya membuatkan yang melihat pasti merasa ger4m.
Terbaru, menerusi akaun Instagram Maryam telah memuatnaik satu video terbaru yang memaparkan Rina sudah pandai berdiri dengan sendiri. Dalam video itu, Rina ditemani papanya di sisi untuk memberikan sokongan kepada Rina.
Malah, kedengaran Maryam turut bersorak seakan teruja melihat Rina boleh berdiri sendiri dalam masa yang lama. Sehingga kini, video Rina telah mendapat lebih 46 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut meluahkan rasa teruja melihat perkembangan Rina dan memuji kecomelan Rina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel sungguh gaya Rina ni, tak jemu tengok gelagatnya. Kejap ja masa dah nak boleh berjalan dah Rina.. “
” Hahaha aku pulak yg acacaca kat sini. Mcm aku pulak yg nak acah2 jat0h. Comel betul lah Rina sekarang ni.. “
” Daddy will always get you little princess. Yeah, soon baby slowy2 okeh jgn laju2 nnt jat0h, Ger4m tengok Rina, comel sangat.. “
” Kejap masa berlalu da blh berdiri. Tak lama je lg dia akan start her fist step. Kemain teruja dengar suara Maryam, haha.. “
” Alololo tateh2, ger4mnya Rina comel ni. Hehehe semua teruja tak sabar nak tengok Rina boleh berjalan lah.. “
” Hahahaha Rina dengar suara mummy dia terus terbant0t nak melangkah, hahahaha. Go Rina go Rina.. “
” Alhamdulillah. She’s growing up so fast. Standby lah Ryzal dengan Maryam nak mengejar pulak lepas ni, hehe.. “
Alahai tak lama lagi Rina dah boleh berjalan, nampak kemain seronok Ryzal dan Maryam melihat Rina dapat berdiri macam tu. Apa-apa pun, semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang sentiasa membahagiakan kedua orang tuanya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..