” Lawak juga Rahmad ni, ngekek dengar dia cakap dengan Cik Pia.. ” – Netizen
Video Telatah Rahmad Mega Di Konti Suria Yang Mencuit Hati. Part Rahmad Try Cakap Loghat Kedah Tu Memang Kelakar, Berdekah Feeya Gelak !!
Rahmad Mega atau nama sebenarnya, Rahmad bin Tohak merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia sejak zaman 90an dan masih bertahan sehingga kini. Rahmad mula dikenali sebagai vokalis kumpulan rock Mega yang popular dengan lagu Takdir dan Waktu pada tahun 1991.
Selain lagu Takdir, lagu Bayangan Guraun oleh Rahmad sehingga ke hari ini menjadi siulan ramai. Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Suria, telah berkongsi video yang memaparkan Rahmad menjadi tetamu jemputan menerusi segmen Gaya Suria bersama penyampai radio Feeya Iskandar.
Menerusi video itu, Rahmad dan Feeya bercerita mengenai Jelajah 90 Suria di mana Rahmad bakal membuat persembahan di sebuah mall di Kedah nanti dan persediaan Rahmad untuk membuat persembahan tersebut.
Bahkan kedengaran, Rahmad begitu bersemangat dan tidak sabar untuk membuat persembahan dan bertemu para peminatnya di negeri sebelah utara itu. Sehingga kini, video Rahmad bersama Feeya telah mendapat ratusan tanda suka sejak ia dimuat naik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah.
Di ruangan komen, ada netizen meluahkan rasa terhiburnya setelah menonton video temubual Rahmad bersama Feeya. Komen tersebut adalah :
” Lawak juga Rahmad ni, ngekek dengar dia cakap dengan Cik Pia, haha. Padu macam dulu suara Rahmad.. “
Jarang-jarang nak dapat tengok Rahmad ni buat lawak, part Rahmad cuba untuk cakap utara dengan berkata ‘ putaq satu kali ‘ memang kelakar, nampak Feeya dan Rahmad sama-sama berdek4h ketawa.
Malah sempat juga Rahmad menyanyikan sedikit lagunya dan Feeya memuji suara Rahmad ketika menyanyi secara live sedap didengar seperti dalam radio. Apa-apa pun, semoga segala urusan Rahmad sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia, rahmadmega
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..