” Zamani pun layan je lah, haha.. ” – Daebakingz

Video Seorang Peminat Menyebut Tajuk Lagu Yang Bukan Nyanyian Zamani Slam Mencu1t Hati Ramai. Penuh Yakin Yer Abang Ni Sebut Nama Lagu, Zamani Pun Layan Je Yer. Haha !!

Masih tak berubah dan kekal sama, gemersik dan merdu seperti dahulu ketika halwa telinga mula mendengar suara itu sekitar 1990-an. Selepas tiga dekad lamanya, suara lelaki bernama Zamani ini tetap menjadi perhatian para peminat setianya.

Di sebalik kaca mata hitam dipakainya, Zamani menggenggam penghayatan yang sangat dalam ketika menyampaikan lagu-lagu popularnya dan juga Slam. Tidak dinafikan Zamani antara artis lelaki yang mempunyai suara emas.

Terbaru, meninjau di akaun Daebakingz telah berkongsi satu video ketika seorang pemuda telah bertemu dengan Zamani. Kedengaran pemuda tersebut mengakui dirinya adalah salah seorang peminat setia Zamani sejak dahulu lagi.

Namun yang mencuit hati apabila pemuda itu telah menyebut sebuah lagu yang bukan nyanyian oleh Zamani dan menyanyikan lagu tersebut kepada Zamani. Dalam masa yang sama, kelihatan wajah Zamani seolah sedang terfikir seketika apabila mendengar nyanyian pemuda itu.

Jom tonton video di bawah :

Alahai pasr4h je muka Zamani tapi kelakar lah, penuh yakin betul pemuda ini menyebut lagu Bourgenvilla adalah lagu Zamani. Tapi memang tabik lah, Zamani pun layan kan sahaja peminat tersebut.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Zamani akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan semoga kesihatan Zamani juga akan kembali sihat seperti sedia kala, insyaallah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zamanislam_official, daebakingz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..