” Comelnya, Aisha dan Jemyma geng Bunga Elhaq.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Lahir Anak Fasha Sandha Dan Aidil Aziz, Aisha Amaira Yang Ke 2 Tahun. Wah Nampak Meriah, Comel Sangat Kek Birthday Aisha !!
Semalam telah berlangsungnya majlis sambutan hari lahir anak Fasha Sandha dan Aidil Aziz iaitu Aisha Amaira. Tahun ini genaplah usia Aisha dua tahun dan sememangnya seperti tahun lalu, majlis hari lahir telah diadakan.
Meninjau ke akaun Instagram Aidil, p0sting terbaru Aidil telah berkongsi mengenai sambutan hari lahir Aisha berserta ucapan istimewa buat Aisha. Aidil mendoakan semoga Aisha menjadi anak yang solehah dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Tidak lupa juga ibu saudara Aisha iaitu Elisya Sandha yang turut berkongsi gambar dan ucapan hari lahir buat Aisha di Instagramnya. Majlis hari lahir Aisha nampak begitu meriah dan bertemakan warna pink.
Di instastory Aidil juga banyak dikongsikan gambar-gambar ketika majlis dan apa yang menarik ialah kek hari lahir Aisha yang cukup comel. Aisha juga sangat comel dengan memakai gaun berwarna pink.
Jom tonton video di bawah :
Ucapan hari lahir daripada Elisya Sandha buat anak saudaranya :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian ini turut dihuj4ni dengan ucapan hari lahir buat Aisha. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Comelnyaaa happy birthday princess Aisha .. Stay cute Stay pretty Always.. semoga menjadi anak solehah.. “
” Happy Birthday to you Aisha… Uncle doakan Aisha dipanjangkan umur dmurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah dan membanggakan ibuayah pada masa akan datang.. “
” Aisha & Jemyma. Geng Bunga Elhaq.. happy birthday to u aisha.. mummy Bunga ni cantikk laa MasyaAllah.. “
Begitu pantas masa berlalu, Aisha membesar dengan sihat dan semakin comel dan cantik seperti ibunya. Bak kata pepatah, ke mana tidak tump4hnya kuah kalau tidak ke nasi kan. Ibu Aisha juga cantik orangnya.
Kek hari lahir Aisha :
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang kedua buat Aisha Amaira. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan solehah serta berjaya dalam kehidupan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aidil Aziz, Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..