” Dengar Sari gelak kami pun ikut gelak. Jep buang teb1at, haha.. ” – Netizen

Video Jep Sepahtu Bersama Sari Yanti Dan Anak-Anak Bercuti. Pandai Barr Dan Baasit Jaga Adik-Adik. Part Jep Mandi Swimming Pool Dengan Anak-Anak Tu Lawak. Memang Tak Gerak Lah Jep Kalau Gitu Dayungnya, Haha !!

Meninjau akaun Instagram Sari Yanti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Jep Sepahtu bersama anak-anak, Barr Al-Aliy, Baasit Al-Haq, Dariya Inara, Khidir dan Abu Bakr ketika bercuti di Anantara Desaru Resort.

Dengan kapsyen tertulis ‘ Masalahnya didayung pulak guna tangan. Boleh gerak ke ? ‘  , posting oleh Sari ini mendapat perhatian peminat. Sudah namanya Jep, di mana-mana sahaja pasti ada sahaja lawak jenaka yang dilakukannya.

Gembira semua anak-anak dapat mandi di kolam renang, abah mereka nampak lebih teruja. Kelihatan Jep duduk di atas pelampung patung Pony sambil mendayung menggunakan tangan. Alahai Jep, last-last terbalik juga patungnya dan semua jat0h ke dalam air.

Ketawa Sari melihat gelagat Jep dan anak-anak mereka. Seronok peminat melihat kebahagiaan dan kegembiraan Jep sekeluarga. Dengar Sari gelak membuatkan peminat yang menonton video ini juga turut sama terhibur.

Jom tonton video di bawah :

Jep juga turut berkongsikan video yang memaparkan gelagat anak-anaknya ini ketika tiba di resort ini. Wah bagusnya, masing-masing pandai jaga adik-adik. Happy family, Sari sudah seperti kakak sulung pula apabila bergambar bersama anak-anaknya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih tumpuan daripada peminat dan lebih 20 ribu likes telahpun direkodkan sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Part yang naik Pony tu dah kelakor. Dengar kak sari gelak bertambah gelak kita sekali terbahak. Jep memang perang4i betul lah haha.. “

” Jep ni dekat mana-mana pun kelakar ye haha. Selamat bercuti Sari dan keluarga. Seronok tengok kebahagiaan keluarga ni.. “

” Dengar Sari gelak sekali kita kita gelak kuat haha. Jep dengan anak-anak lagi kelakar, sporting amat.. “

” Aku yang gelak besar, Jep ni lebih dia dari anak-anak ni haha. Lawaklah ada abah pelawak macam Jep ni.. “

” Haha Jep dayung guna tangan memang ke bawah la semua jawabnya haha. Lawak lah Jep, dengar Sari gelak kami pun ikut gelak. Jep buang teb1at haha.. “

” One happy family. Semoga sentiasa bahagia bersama mereka bang jep. pandai abang abang jaga adik-adik.. “

” Comel semua anak-anak Jep ni, semoga berbahagia selalu Jep dan Sari. Pandai Barr dengan Baasit dukung adik sorang satu.. Dariya kena bagi sorang lagi la haha.. “

Ada abah perang4i macam Jep, tentu happy anak-anak sepanjang percutian. Apa-apa pun, semoga Jep dan Sari berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang dan dikurniakan oleh Allah rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sari Yanti, IG Jep Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..