” Manjanya Aafiyah, ayah siap masuk gelanggang.. ” – Netizen

Video Gelagat Siti Aafiyah Yang Bersemangat Melakukan Aktiviti Sukan Di Sekolahnya Raih Perhatian Ramai. Alahai Manja Sangat Aafiyah Ni, Sampai Minta Ayah Tolong Pimpin Tangan Lagi, Hehe !!

Meninjau ke akaun instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, perkongsian video terbaru anak Dato’ Seri Siti iaitu Siti Aafiyah telah meraih perhatian ramai. Video yang berdurasi beberapa saat itu memaparkan gelagat Aafiyah ketika sukan di sekolahnya.

Menurut Dato’ Seri Siti, tema sukan sekolah Aafiyah ialah pahlawan. Jadi Aafiyah telah mengenakan tengkolok berwarna hijau bagi menunjukkan ciri-ciri pahlawan. Pastinya Aafiyah merupakan pasukan rumah hijau kan ?

Aafiyah yang baru berusia 4 tahun nampak begitu teruja melakukan semua aktiviti sukan di sekolahnya. Maklumlah ini merupakan kali pertama Aafiyah merasai pengalaman ketika hari sukan sekolah berlangsung. Nampak meriah bukan.

Apa yang lebih mencur1 perhatian ialah kelibat ayah Aafiyah iaitu Dato’ Seri Khalid yang turut sama-sama turun ke gelanggang permainan. Aafiyah juga nampak begitu manja dengan ayahnya dengan meminta ayahnya memimpinnya ketika bersukan.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang seronok melihat gelagat Aafiyah yang bersemangat bersukan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Semangat Aafiyah .. ayah pun ikut semangat.. Best dorg boleh jumpa tokti.. brainy bruch kan.. waaa, bestnya.. “

” Ayah sangat membantu.. semangat aafiyah ayah tlg pegangkan.. manja ni.. anak ayah ni.. go go aafiyah go.. “

” Hebatnya Aafiyah.. sama hobby dgn ibunya minat dlm sukan… cayalah Aafiyah GO GO GO Semangat kesukanan.. “

” MasyaAllah. Well done Aafiyah. manja ni.. Lagu bru ke siti padu padu all the best you all semua artis hahha.. “

” Alahai comelnya kakak.. Aafiyah dh besarrrr TakĀ sabarrrrr nk tgk si gebu, AfwaDSK masuk sekolah..hehe. comellll sgt dia galas beg AFWA.. “

” Comel aafiyah. go go aafiyah.. manjanya aafiyah.. ayah siap masuk gelanggang.. meriahh. best kanak2 aktiff. good job Aafiyah.. ayah tak aci tu.. “

” Wah best, excited tgk ayah.. tak aci, ayah aafiyah tlg pegang.. semangat aafiyah, ayah dan tokti.. seronok tengok.. “

Tidak sabar rasanya menantikan bahagian kedua video Aafiyah. Agak-agaknya Aafiyah berjaya ke menjadi johan ? Pastinya pengalaman ini merupakan memori indah buat Dato’ Seri Siti kerana pertama kali melihat Aafiyah bersukan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..