” Cantiknya rumah Zulin, tenang jer tengok.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Rumah Baru Zulin Aziz Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Sangat Dekorasi Dalaman Rumah Zulin. Memang Nampak Tenang Dan Selesa Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram Zulin Aziz, beberapa p0sting Zulin yang memaparkan dekorasi dalaman rumah barunya telah meraih perhatian ramai. Zulin telah berkongsi gambar dan juga video beberapa ruang rumahnya.

Memilih warna krim untuk tema warna dinding rumahnya, keadaan rumah Zulin yang sudah siap dihias menimbulkan rasa tenang apabila melihatnya. Ruang tamu dan ruang makan Zulin nampak sangat selesa dan cantik.

Zulin tidak meletakkan banyak perabut di dalam rumahnya dan ini membuatkan ruang rumahnya nampak luas. Hiasan yang digunakan di segenap ruang rumah Zulin juga nampak sesuai dan ada juga yang nampak unik.

Sehingga kini kedua-dua p0sting Zulin di Instagram ini telah menerima lebih daripada 1 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik. Ramai memuji keadaan rumah Zulin yang sangat cantik dan kemas. Wah, mesti ruang lain pun cantik juga.

Jom tonton video di bawah :

Lagi perkongsian di Instagram :

( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )

Rata-rata netizen memuji hiasan dalaman rumah Zulin yang cantik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ya Allah Lawa g1l4aaa zulin Mcm Pinterest.. Cantik nye. Tenang je.. Love nya color n susun aturnya.. “

” Cantiknya rumah baru dia.. Benda pertama sekali tengok, yang bawah kerusi tu.. Kerusi putih tu comel, beli mna tu zulin.. “

” Warna tone dinding… Warna apa zulin.. Tenang je nmpk.. Sejuk.. semoga kekal bahagia smpai syurga saling bertuah memiliki antara satu sama lain .. “

” Cantiknye umah akk tenang jer tgk.. Lebih kurang deco kt rumah cousin husband Sy, full nude color, Cantik.. “

” Dahla cntik pndai masak pndai cari duit pndai makeup pndai lukis pndai hias rumah serba serbi lengkapppp masyaAllah isteri kiriman syurga sangattttt .. ” 

” Kalau dah nama nya umah si zulinaziz ni. Mmg cantikkkk lahhhhh. She kretipppp.. Lovenya deko baru diaa.. “

” Cantiknyaaaa.. bila house warming ? Haha.. nanti lau zulin dah anak, abis la semua hiasan tu hihi anak2 kecil excited lau tgk semua tu .. “

” Cantiknyaa rumah baru zulin mulan jadi model ke tuu.. Lawo cermin tu zulin. Boleh tahu beli kat mana zulinaziz.. “

Rumah yang cantik dan selesa pastinya menambahkan rasa ketenangan apabila berada di rumah. Tahniah diucapkan kepada Zulin kerana memiliki rumah idaman yang sememangnya menjadi impian kepada setiap orang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zulin Aziz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..