” Tak sabar nak tengok wanita terpilih tu, macam tak lama je lagi.. ” – Netizen
Video Temubual Khai Bahar Bersama Tentang Impian Majlis Perkahwinan Dan Jodohnya Raih Perhatian Peminat. Wah Untunglah Si Dia Nanti, Hebat Planning Khai Ni !!
Salah seorang penyanyi lelaki yang diminati ramai peminat adalah Khai Bahar. Pemuda ini yang masih lagi berstatus single menjadi pujaan ramai. Sikap Khai yang peramah dan baik dengan semua rakan-rakan artis juga dipuji oleh peminat.
Ramai rakan-rakan baik Khai antaranya Wany Hasrita sudahpun berkahwin. Meninjau akaun Instagram Khaibahar Empire, telah dikongsikan satu video temubual Khai bersama wartawan majalah Pesona Pengantin.
Ditanyakan tentang pendapat Khai tentang lelaki bujang menjadi pilihan janda, jawapan Khai mudah sahaja. Jodoh sama ada isteri tua mahupun isteri muda, semuanya sudah ditentukan. Khai turut ditanyakan tentang ciri-ciri wanita idamannya.
Bercinta selepas berkahwin, itu lebih manis kata Khai. Penyanyi popular ini juga menegaskan soal jodoh kedua ibu bapanya terbuka siapa sahaja pilihan Khai. Bukan biasa-biasa, impian perkahwinan Khai, Khai inginkan majlis yang grand kerana ianya hanya sekali seumur hidup.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 3000 tontonan direkodkan untuk posting ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Insya Allah ade jodoh doa byk-banyak semoga khai bertemu jodoh dgn bidadari syurga khai wanita yg solehah aminnnnnnn.. “
” Moga tercapai impian khai. Siapalah agaknya wanita yang bertuah tu nanti agaknya kan. Tak sabar nak tengok jodoh Khai.. “
” Tak sabar nak tengok siapalah wanita terpilih tu, the chosen one yang berjaya mencur1 hati Khai.. “
” Semoga khai bertemu jodoh dgn wanita yg membahagiakan dia, ibubapa dia dan kita semua. Aamiin.. “
” Yakin dan tenang Khai jawab soalan walaupun dalam tergelak-gelak. Insha Allah jodoh pasti datang.. “
” Wah nak grand hujung ke hujung lagi haha, lucu gak Khai ni tapi plan dia memang hebat. Ada impian yang besar untuk bakal si isteri. Semoga hajat Khai termakbul.. “
” Kita doa yang baik baik untuk Khai, siapakah jodohnya, Kita tunggu dan lihat bila tiba waktunya.. “
” Alhamdulillah, macam dah tak lama je lagi mak ros nak terima menantu perempuan ni. Terbaik Khai, impian kena ada lagi-lagi untuk yang tersayang.. “
Peminat juga tidak sabar ingin melihat siapakah jodoh jejaka bernama Khai Bahar ni. Apa pun, impian Khai tu bagus. Ada perancangan walaupun jodohnya belum sampai. Semoga impian Khai tercapai dan jodoh Khai akan m
Untuk video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Khai Bahar, IG Khaibaharempire, Youtube Channel Pesona Pengantin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..