” Kalau macam ni gayanya dah boleh bagi nama ‘ Rara’s Band’, awesome.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Sharifah Shahirah, Airell Dan Airra Bermain Gitar Serta Allisya Menyanyi Raih Perhatian Ramai. Wah Sedap Betul Suara Allisya. Masing-Masing Semua Berbakat Besar Lah, Dah Boleh Buat Band Sendiri Ni !!
Bagi yang mengikuti perkembangan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera pasti mengetahui Shiera sering berkongsi video mengenai bakat anak-anaknya di akaun Instagram miliknya.
Anak sulung Shiera, Allisya Tahir sangat berbakat dalam bidang nyanyian seperti bapanya iaitu vokalis Black D0g Bone, Jatt. Manakala anak lelaki Shiera, Airell dan Airra pula sangat mahir bermain gitar.
Terbaru, Shiera ada memuatnaik video yang memaparkan anak-anaknya ini sedang jamming. Dilihat dalam video itu, Allisya telah menyanyikan sebuah lagu Inggeris manakala Airell dan Airra bermain gitar.
Perkongsian video oleh Shiera tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memberikan kata pujian bahawa anak-anak Shira memiliki bakat yang besar. Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 40 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen pula, selain menyukai persembahan anak-anak Shiera, warganet turut mencadangkan agar Shiela menumbuhkan sebuah band untuk anak-anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kalau macam ni gayanya dah boleh bagi nama “Rara’s Band”, awesome sangat. Semua ada bakat masing-masing.. “
” Woww bergabung melet0p ni. Dorang ni layak jadi satu band. Confirm melet0p band Kak Rara, lagi2 Kak Rara yang jadi manager.. “
” Bertuah semua minat sama, hehe. Suara Alisya sedap lah, memang mewarisi bakat daddy dia betul.. “
” Ni group anak beranak namenya. Mak manager, hebat lah Kak Rara, hehe seronok tengok dorang buat konsert.. “
” Sedap suara si kakak, untung ada adik2 boleh main gitar hehe boleh join sekaki. Maknya pun boleh menyanyi juga.. “
” Sempoi, kat rumah Kak Rara ke, ke studio ni. Semua ada part masing-masing, memang dah boleh buat band ni.. “
” Teringat masa kami Adik beradik jamming lepas blk kenduri, time tu tak pandai main Kami balun je, asal sedap bunyi nyer, hehehe.. “
” Suara Tallisya bagus, suka dengar cara dia menyanyi, memang power lah. Suruh anak-anak buat band lah Kak Rara.. “
Wah bila semua bergabung bakat masing-masing, memang melet0p lah. Apa-apa pun semoga kesemua anak-anak Shiera ini akan terus maju jaya dalam bidang yang diminati mereka dan menjadi anak-anak yang membanggakan kedua orang tua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..