” Kemain dia orang, kita ni nak pegang pikir berkali-kali. Haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak-Anak Shuib Sepahtu Bersama Atok Mereka, Raissuddin Hamzah Menjala Di Kampung Raih Perhatian Peminat. Amboi Seronoknya, Berani Pegang Ikan Puyu Macam Mainan Je !!
Suasana apabila berada di kampung memang berbeza dengan berada di bandar. Tenang dan tiada kesibukan jalan raya seperti di bandar, ianya membuatkan hati berasa seronok lebih-lebih lagi untuk anak-anak kerana banyak aktiviti yang dapat dilakukan di kampung.
Meninjau akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan gelagat anak-anak Shuib, Uwais Alqarni, Ariq Matin dan Dzahira Talita Zahra bersama atok mereka, Raissuddin Hamzah membuat aktiviti menjala ikan ketika pulang ke kampung.
Seronok melihat anak-anak ini tersenyum gembira apatah lagi tahkala melihat jala atok kesayangan mereka penuh dengan ikan. Sehinggakan Talita memuji Atoknya dan mengatakan atoknya mantap kerana kepakarannya menjala.
Pelbagai gelagat dapat dilihat dalam video ini. Matin dengan sifat ceria dan kelakarnya, Talita pula dengan mulutnya yang riuh bercakap. Masing-masing ada cara tersendiri memegang ikan puyu dan berjiwa anak kampung macam daddy mereka, Shuib.
Jom tonton video di bawah :
Video gelagat comel anak-anak Shuib ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :
” Seronoknya balik kampung ramai-ramai. meriah betul, sporting sangat atoknya, pandai eh menjala.. “
” Perghh di Guccinya ikan tu macam tu je Uwais haha. Kepit jangan tak kep1t uwais. Seronok semua.. “
” Mantap atok mantap haha, pandai Talita amik hati atok ni. ya Allah mengimbau betul zaman kecil saya.. haha.. “
” Beraninya Uwais pegang ikan puyu… Ikan puyu sedap kalo goreng garing-garing mkn dgn nasi pan4s. Kita pulak rasa seronok tgok diorg.. “
” Seronok tengok reaksi budak-budak tu, mantap tok mantap haha. Happynye diorng dpt tangkap ikan dgn atok .. tak geli dan tak tak0t nk pegang ikan hidup.. “
” Kemain dia orang, kita ni nak pegang pikir berkali-kali haha. Bawa Gucci perg1 sungai haha, kerlas lah Uwais. Untung ko ikan puyu disep1t dengan Gucci.. “
” Aktiviti ni dekat kampung je ada. tak boleh dapat dekat bandar. Terbaiklah semua, jiwa anak kampung macam daddy ni.. “
” Bukan main lagi budak paskal seorang tu eh haha. Bestnya dengan kita sekali menjer1t wow tengok ikan. Berani budak budak pegang ikan puyu.. “
Meriah betul dengan gelak ketawa semua, moment indah yang pasti akan sentiasa tersemat dalam hati anak-anak comel ini. Anak kampung memang tak tak0t lah pegang ikan hidup macam tu, dah macam mainan je, hehe. Apa-apa pun, semoga gembira selalu Makder sekeluarga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..