” Surprise birthday dari family untuk Uqasha Senrose, happy birthday Qasha.. ” – Inaijari

Video Kej0tan Hari Lahir Buat Uqasha Senrose Dari Keluarganya Yang Cukup Meriah. Wahh Siap Ada Persembahan Silat Lagi. Kek Tu Pun Fuh, Lain Macam Betul !!

Bertempat di Puncak Dani Genting Highland, pelakon drama ‘ Setelah Terlafaznya Akad ‘, Uqasha Senrose menerima kej0tan hari lahir daripada keluarganya. Segala perancangan diaturkan oleh seluruh keluarga dengan cukup baik.

Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika majlis ini berlangsung. Uqasha anggun memakai busana berwarna hitam manakala Kamal Adli pula berpakaian seperti pahl4wan dahulu kala.

Dilihat semua ahli keluarga yang lain juga mengenakan baju dengan tema yang sama. Pemilihan belon berwarna oren dan hitam pula menghiasi seluruh ruangan. Tidak itu sahaja, persembahan silat turut dipersembahkan untuk Uqasha.

Melihat kepada kek yang disediakan pula, kek berbentuk pakaian berwarna oren dengan hiasan bunga dan tertera nama Uqasha di atasnya. Sambutan ulangtahun kelahiran ke 30 tahun yang indah untuk Uqasha bersama keluarga.

Jom tonton video di bawah :

Seperti biasa, setiap kali berkumpul pasti ada aktiviti permainan yang dilakukan oleh keluarga Uqasha ini. Meriah betul dan kali ini mereka bermainan permainan sambung perkataan pula. Sporting betul semua ahli keluarga Uqasha ni.

Kami di Berita Kopak juga mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran yang ke 30 tahun buat Uqasha. Semoga Uqasha sentiasa dimurahkan rezeki dan bahagia selalu bersama suami tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, IG Uqasha Senrose, IG Kamal Adli

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..