” Comelnya baby, nama pun sedap dan orang jarang pilih.. ” – Netizen

Syahmi Sazli Kongsi Berita Gembira Kelahiran Cahaya Mata Keduanya. Alahai Comelnya Baby, Muka Macam Kakak Ainul Mardhiah. Nama Pun Sedap Dan Indah Maksudnya !!

Youtuber bernama Syahmi Sazli mula mencipta namanya menerusi drama-drama pendek di saluran Youtubenya. Lebih menaikkan namanya apabila filem pertama arahan Syahmi sendiri, Mael Totey The Movie melet0p dan meraih kutipan yang tinggi.

Sudah mendirikan rumahtangga bersama Anissa Faizul, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ainul Mardhiah. Menerusi akaun Instagram Syahmi Sazli, telah dikongsikan satu berita gembira tentang kelahiran cahayamata kedua mereka.

Dikurniakan seorang bayi lelaki, Syahmi turut memaklumkan nama si kecil ini yang telah dipilih iaitu Khabib Umar. Dalam gambar ini, Syahmi kelihatan merenung puteranya ini. Sepasang sudah anak Syahmi dan Anissa.

Pastinya kelahiran Khabib memeriahkan lagi suasana rumah Syahmi dan Anissa. Ainul pastinya orang yang paling gembira kerana sebelum ini juga Ainul sudah tidak sabar untuk melihat adiknya ini. Alhamdulillah, ibu dan anak kedua-duanya sihat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Berita gembira ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan lebih 73 ribu likes direkodkan sehingga kini. Antara komen-komen peminat :

” Tahniah bro, Alhamdulillah welcome baby boy. Semoga menjadi anak yang soleh dunia dan akh1rat.. “

” Alahmdulillah tahniah papa mie. Lahir dari ayah yang ayah hebat. Comelnya nama, khabib umar bermaksud yang memakmurkan.. “

” Mantap mi nama baby, Khabib. Jarang orang isi nama anak Khabib ni. Insha Allah seindah maksud namanya.. “

” Tahniah Syahmi dan Anissa. Syukur atas kurniaan baby boy, bauan syurga ke dua.. Alhamdulillah selamat ibu dan anak.. “

” Tahniah Mi, comel nama baby. Khabib Umar, pasti jadi insan hebat sehebat namanya besar nanti.. “

” Comelnya baby, dari sipi sipi camni nampak macam muka Ainul. Muka ayahnya lagi la kali ni hehe.. “

” Wey la sama muka kakak Ainul, comelnya baby. Namapun sedap dan orang jarang pilih.. “

Turut dikongsikan di Instastory Anissa gambar putera mereka ini. Dari mulut dan hidung yang nampak tu memang seiras dengan kakak Ainul lah Khabib ni.

Pastinya Ainul melompat gembira melihat adiknya ini. Tahniah daripada kami di Berita Kopak buat Syahmi dan Anissa. Semoga proses berpant4ng Anissa berjalan lancar dan baby Khabib membesar dengan sihat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Syahmi Sazli, IG Anissa Faizul

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..