” Kemain lagi mommy Fatima buka langkah, kelakar lah Fazz ni.. ” – Netizen

Video Fattah Amin Mengajar Fazura Membuat Langkah Silat Raih Perhatian Peminat. Wah Untung Lah Mommy Fatima Dapat Berguru Dengan Awang. Bukan Main Lagi Langkah Silat Dia Tu !!

Nama Fattah Amin menjadi sebutan masa kini setelah filem lakonannya, Mat Kilau mencipta sejarah dengan kutipan hampir 24 juta dalam masa seminggu tayangannya. Memegang watak sebagai Awang, lakonan Fattah membanggakan dan ramai yang tidak sangka Fattah pandai bersilat.

Meninjau akaun Instagram Ducatimerah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah mengajar langkah silat kepada isterinya, Fazura. Fenomena Mat Kilau, ramai peminat yang menghasilkan video berunsur silat.

Fazura yang membuat promosi untuk produk keluarannya juga tidak ketinggalan mengikut trend tersebut. Comel sahaja melihat Fattah menunjukkan kepada Fazura bagaimana gerakan tangan dan kaki dalam video ini.

Mommy Fatima siap berguru dengan Awang, tentu hebatlah bunga silatnya selepas ini, hehe. Pasangan sweet ini memang selalu mencur1 perhatian peminat. Saling mendokong dan membantu antara satu sama lain dalam menyelesaikan kerja mereka.

Jom tonton video di bawah :

Rata-rata peminat terhibur melihat gelagat Fattah dan Fazura ini. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Awang, jambu sangat ni haha. Fazz dengan gigihnya belajar silat dan berguru dengan Awang.. “

” Comel je Fazz bersilat hehe, senyum sendiri tengok gelagat sweet couple ni. Hebatlah mommy fatima bersilat lepas ni.. “

” Comel suami isteri ni, Fazz pakai baju pun macam Srikandi hehe. Belajar silat guna lipmatte hehe.. “

” Comel lah daddy dan mommy Fatima, pandai dah Fazz bersilat. Aku yang senyum tengok dua ketul ni.. “

” Haha terpikir kalau Fatima masuk sekali mesti lagi kecoh dan comel haha. Jangan Fazz silat dekat Awang pulak haha.. “

” Macam macam idea, love sangat Fattah dengan Fazura ni. Lepas ni Fazz berlakon cite silat jugak lah.. “

” Huiishh Mommy Fatima belajar Silat pulak. Perrgh kemain Daddy Fatima mengajar. Comel sangat dua ketul ni.. “

” Kemain lagi mommy Fatima buka langkah, kelakar lah Fazz ni. Mantap comel betul aksinya ulang ulang tengok.. “

Tersenyum sendiri peminat melihat gelagat Fattah dan Fazura bersilat ni. Aura Awang sudah terkena pada Fazura nampaknya, hehe. Apa-apa pun, Fattah dan Fazura memang saling melengkapi dan semoga kasih sayang yang terbina kekal sehingga ke akhir usia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ducatimerah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..