” Rezeki Aafiyah, kecil-kecil dah sampai kota London.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Yang Begitu Teruja Berada Di Kota London Raih Perhatian Peminat. Wah Seronok Betul Aafiyah Dapat Jalan-Jalan Di Sana, Tak Berkedip Mata Aafiyah Dapat Tengok Pemandangan Di Kota London !!

Pada masa ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza sekeluarga berada di Kota London sedang bercuti bersama suami dan dua orang cahaya matanya iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Ini merupakan percutian yang paling jauh buat Dato’ Seri Siti setelah dua tahun tidak boleh merentas negara.

Meninjau ke akaun Instagram Aafiyah Khalid, beberapa video ketika mereka sekeluarga berada di sana telah dikongsikan. Antara video yang dimuatnaik ialah keterujaan Aafiyah ketika melawat Kota London menaiki kenderaan.

Sepanjang perjalanan di dalam kenderaan, mata Aafiyah sentiasa melihat pemandangan di sekitar Kota London. Pastinya suasana di sana tidak sama dengan suasana di Malaysia. Tambahan pula cuaca di sana juga agak sejuk.

Selain itu, video ketika Dato’ Seri Khalid tiba di sana juga turut dikongsikan. Aafiyah dilihat sangat gembira melihat bapanya turut serta bercuti bersama. Ini kerana pada awalnya hanya Dato’ Seri Siti dan anak-anak sahaja yang sampai di sana terlebih dahulu.

Jom tonton video di bawah :

Lagi video yang dikongsikan :

Di ruangan komen, ramai yang memuji Aafiyah yang semakin cantik dan matanya yang menawan. Antara komen-komen yang diberikan :

” Seronoknya Aafiyah, selamat bercuti aafiyah.. bestnya jalan jalan sekeluarga.. ingatkan dato k tak ikut.. happy holiday dear.. “

Wah, aafiyah dan afwa dah sampai london.. seronoknya.. She’s so pretty. have a great time. happy holiday.. “

” Comelnya Aafiyah nii.. eh aafiyah tak p skola eh.. Lajak la mai Amsterdam ni Aafiyah.. cantiknya mata aafiyah.. “

” Ank manis comel,wow bestnye jln2.. comel jelingan aafiyah tu.. ya Allah muka tokti sangat.. Manisnya raut wajah Afiyah.. “

” Mau kemana anak cantik Aafiyah, senyuman yang manis.. makin besar makin sweet lah.. Enjoy your holiday with the family kak siti… “

” Comel je Aafiyah ni, sejuk mata memandang. Selamat bercuti dan harap Aafiyah happy .. cantik betul aafiyah ni. mata dia cantik.. “

” Makin besar aafiyah ni. Makin comel la… Tokti junior .. Rezeki Aafiyah kecik-kecik dh sampai kota London.. “

Wah, seronoknya Aafiyah dapat bercuti di Kota London. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti kepada Dato’ Seri Siti sekeluarga. Semoga masa yang diluangkan bersama keluarga ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..