” Comel je Lisa hadang tangan dia dari suami tenung lama-lama tu, too sweet lah.. ” – Netizen

Video Temubual Datin Lisa Surihani Dan Datuk Yusry Bersama Hlive Raih Perhatian Peminat. Alahai Dah 10 Tahun Tak Berani Tenung Mata Suami Lagi Rupanya. Sweet Ayat Masing-Masing !!

Meninjau akaun Instagram Official Hlive, telah dikongsikan sedutan video temubual bersama pasangan Datuk Yusry Abd Halim dan Datin Lisa Surihani dalam rancangan Hlive Love Edition. Ditanyakan mengenai soalan hati dan perasaan, jawapan dan reaksi pasangan ini telah meraih perhatian ramai peminat.

Satu rahsia yang peminat tidak tahu berkenaan Datin Lisa, walaupun sudah 10 tahun bergelar suami isteri, sehingga ke hari ini, Datin Lisa masih tidak boleh merenung mata Datuk Yusry. Ketika Datuk Yusry memuji isterinya ini cantik, nampak wajah Datin Lisa malu-malu.

Turut sama ditanyakan dalam siri temubual ini, detik mereka mula berkenalan dan akrab sehingga melangkah ke jinjang pelamin. Sama ada untuk Datin Lisa mahupun Datuk Yusry, 10 tahun tidak terasa dan masih seperti dahulu.

Menyentuh mengenai peng0rbanan, Datuk Yusry mengatakan Datin Lisa banyak berk0rban dan Datuk Yusry sebolehnya mahu meluangkan lebih masa untuk keluarga namun kekangan masa dan tanggungjawab membataskan semuanya.

Jom tonton video di bawah :

Video temubual Datuk Yusry dan Datin Lisa ini telahpun mendapat perhatian daripada peminat dan ramai yang suka melihat sifat penyayang mereka berdua. Antara komen-komen peminat :

” Comel je Lisa hadang tangan dia dari suami tenung lama-lama tu, too sweet lah. Kita tengok pun tersenyum sendiri.. “

” Sbnrnya rasa malu, kne plak pasangan suka usik , trus blushh.. sampai skrng memang tak boleh bertent4ng mata. kalau ckap tgklah hidung ke mulut ke gg ke.. “

” So much positivity on them, so inspiring. comelnya love dekat diaorang ni dari couple sampai now. Sesuai sangat depa ni.. “

” Alahai so cute, Harry dan Meghan versi Malaysia i would say. Semoga berkekalan sampai jannah.. “

” Ala sweet nya best je dengar interview kat orang yang lama dah kahwin. Comel betul la Datin Lisa malu-malu tu.. “

” Sweetnya, suka tengok pasangan ini. Dah 10 tahun pun masih tak boleh bertent4ng mata, suka tengok Lisa malu-malu tu.. “

” Suka tengok datin Lisa ni, cantik dan comel orangnya dari dulu lagi. bagus malu-malu macam ni, nampak kasih sayang yang dalam dalam mata masing-masing tu.. “

Romantik kan pasangan Datuk Yusry dan Datin Lisa ini. Semoga ik4tan perkahwinan ini disulami dengan rasa sayang sehingga ke akhir usia dan semoga bahagia bersama dengan anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Official Hlive, IG Lisa Surihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..