” Tahniah dah dapat cucu, syukur Alhamdulillah. Cute je jari-jemari baby tu.. ” – Netizen

Shiela Rusly Kongsi Video Pertama Bersama Anak Elisya Sandha Yang Baru Lahir. Wah Sipi-Sipi Pun Nampak Chubby Muka Baby. Jari Pun Comel Jer, Tahniah Shiela Dapat Cucu !!

Sebelum ini, Shiela Rusly sekeluarga ada mengadakan majlis baby gender reveal Elisya Sandha di sebuah hotel. Sebagaimana yang semua sedia maklum, Elisya bakal menimang cahayamata perempuan.

Meninjau akaun Instagram Shiela Rusly, telah dikongsikan satu video baru yang memaparkan Shiela memegang erat jari seorang bayi. Ianya adalah bayi comel kepada Elisya dan Uzair yang telahpun selamat dilahirkan.

Dengan kapsyen tertulis emoji berbentuk love beserta hashtag berbunyi sentiasa bersyukur dan Alhamdulillah, pastinya hati Shiela kini sedang berbunga bahagia apabila cucu sulung yang dinanti-nantikan berada dalam dakapan.

Comel sahaja jari jemari baby Elisya ini. Dengan kain berwarna merah jambu membaluti tubuhnya, ada kelihatan sepintas lalu wajah baby Elisya dalam video ini. Walaupun sipi-sipi sahaja, nampak chubby pipinya. Tentu cute macam ibunya juga ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun mendapat lebih 15 ribu likes daripada peminat sejak ia dimuatnaik. Antara komen-komen peminat :

” Alhamdulillah nana Shiela Rusly, tahniah. Happy for you and family. Congratulations sis and to the whole family dapat org baru. May God bless all of u always,, “

” Sis, tahniah. Alhamdulilah selamat sudah bersalin Elisya. Nana ada cucu baru yeahhh.. “

” Syukur alhamdulillah, tahniah sis sekeluarga. Yang dinanti-nanti akhirnya ada dalam dakapan, mesti gembira sangatkan.. “

” Tahniah dah dapat cucu, syukur alhamdulillah. cute je jari jemari baby tu, mesti kaki dapur macam nana dia hehe.. “

” Alhamdulillah tahniah sis sheila sekeluarga. Putihnya jari jemari dia sis, muka nampak sipi-sipi pun b4mb4m.. “

” Putih gebunya baby Elisya, alhamdulillah syukur. Gebu tengok double chin baby. Selamat berpantang Elisya.. “

” Panjang jari jemari baby, putih pulak tu.. mesti tinggi orangnya ni. Tahniah sis, bertambah meriahla keluarga sis.. “

Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan Elisya untuk bersalin. Cucu pertama lahir sudah, lagi tambah meriah dan bahagialah Shiela dan Jinggo melayan cucu selepas ini. Tahniah dari kami di Berita Kopak dan selamat berpant4ng Elisya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly, IG Elisya Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..